Wednesday, 29 July 2015

[Asli]

[Asli]

Pengalaman berniaga di Masjid Bandar Baru Senawang memberi kami peluang berkenalan dengan ramai jemaah, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah. Beruntung sekali rasanya kerana pada suatu hari datang seorang ustaz selaku penceramah di masjid BBS yang dikatakan beliau adalah pengkaji minyak zaitun. Katanya dengan merasa sedikit sahaja minyak zaitun, beliau boleh pastikan sama ada minyak zaitun tersebut asli atau tidak.

Tanpa membuang masa kami berikan EVO Drop Nadya series untuk Ustaz itu merasa dan menguji keasliannya. Syukur Alhamdulillah Ustaz katakan pada kami EVO Drop Nadya Series adalah pati minyak zaitun dara "extra" (extra virgin olive oil) yang asli.

Sempat beliau berkongsi dengan kami sewaktu beliau di negera arab sana, beliau akan singgah satu Spa di sana. Katanya di sana beliau berendam di dalam minyak zaitun sekurang-kurangnya selama 30 minit hingga 1 jam. Tujuannya adalah untuk menyingkirkan kuman dari belakang kulit. Tidak hairanlah kulit orang arab sangat cantik.

Jika anak terkena sakit kulit contohnya ekzema, gatal-gatal, alahan kulit... sapulah minyak zaitun. In shaa Allah kulit akan kembali sihat. Sebaiknya di sapu selepas mandi kerana waktu itu liang roma sedang terbuka jadi membantu minyak zaitun cepat meresap, selain menyingkirkan kuman ia membantu menahan dari kuman untuk masuk.

Selain itu, kata beliau minyak zaitun mampu meremajakan kulit. Jika digunakan selalu akan melembab, melembut dan menghaluskan kulit. Tambah lagi kata beliau, kita memang tidak mampu untuk berendam dalam minyak zaitun kerana negara kita tidak seperti di Arab sana yang mudah untuk medapatkan bekalan. Tapi cukup sekadar menyapu minyak zaitun ke seluruh badan seperti memakai losyen badan.

Rasulullah saw juga berminyak dengan minyak zaitun setiap hari, sehingga sahabat rasulullah saw menggelar beliau penjual minyak kerana sangat suka berminyak dengan minyak zaitun.

Tambah ustaz lagi, minyak zaitun juga amat baik untuk mata. Sapukan di bawah mata untuk mencegah rabun. In shaa Allah jika di amal setiap hari akan menajamkan penglihatan. Subhanallah.

Ustaz saran gunalah minyak zaitun satu keluarga baik ibu baik ayah serta anak-anak. Buat orang tua kita yang alami sakit otot dan sendi sapulah, ia melegakan sakit sendi dan otot. Jika ada parut, rekahan kulit, tumit merekah, kulit kering amallah sapu... in shaa Allah masalah tersebut beransur hilang...Hebatnya minyak zaitun...

Bagi rambut yang bermasalah seperti rambut gugur, beruban, kurang lebat, jadikan minyak zaitun sebagai minyak rambut, in shaa Allah mampu melebatkan rambut, menghitamkan rambut dan menguatkan akar rambut. Subhanallah...

Ini baru kongsi bab kegunaan luaran, belum habis lagi kongsi untuk dalaman iaitu khasiat apabila kita amal makan. Subhanallah.

Nanti kita kongsi lagi.

Bersambung...

Saturday, 11 July 2015

[Esok last di Putrajaya]

[Untuk Esok]

Penghujung Ramadhan...
Esok kami di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya.
Hari terakhir di sana sebelum Raya...

Boleh dapatkan Rangkaian produk Nadya Series
Antaranya :-
◆ EVO Lotion
◆ EVO Drop
◆ Sauda Drop
◆ EVOO 500ml
◆ Active Pack

Jumpa kami jam 11 pagi - 2 ptg in shaa Allah

[Menambat sang Suami]

[Cik Abang Asyik Berkepit je]

Feedback terbaru dari pengguna kami.
Baca dengan tenang ye...
Penangan Active Pack Nadya Series
"Cik abang asik dok berkepit je"
Bestkan macam tu...
kalau nak dapatkan lagi tips untuk kebahagiaan rumah tangga boleh WhatsApp 016 371 2717 (untuk kaum Hawa) atau
018 918 9011 (untuk kaum Adam)

Kita share kebaikkan dan kelebihannya ye...

Wednesday, 8 July 2015

[Langkah bijak]

[Langkah bijak]

Seperti biasa kami kat sini, di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya. Barangan wajib di sini dah sah-sah baju raya, tudung raya, kuih raya, aksesori raya dan yang sewaktu dengannya.

Biasa kita jumpakan, anak demam waktu raya, ibu pening, nenek semput, atok terbatuk-batuk. Bukankah hilang keseronokkan menyambut raya jika kesihatan keluarga terganggu... dan kita sedia maklum sekarang, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, tak hairan kesihatan juga boleh terganggu tambah-tambah lagi bila antibodi semangnya susah sedia lemah.

Dalam kerterujaan menyediakan keperluan raya, apalah salahnya mempersiapkan diri dan keluarga langkah pencegahan awal mengelak dari serangan penyakit. Terlalu fokus nak raya hingga lupa untuk sihat sekeluarga di hari raya.

Kalau ingin sihat dan gembira di hari raya, jom singgah ke gerai kami di Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar ni. Kami di sini sehingga 2.30 ptg in shaa Allah. Sebarang kemusykilan dan masalah boleh terus bertanya kami. Kami bukan pakar kesihatan tapi kami boleh kongsi apa yang baik untuk kesihatan kita.

Jom sihat dengan sunnah!

WhatsApp 016 371 2717

Instagram @soukalbaitee
FB page - www.facebook.com/soukalbaitee

[Raya dengan kesihatan]

[Raya dengan kesihatan]

Rendang? Lemang? Lontong?
Ya ampunnnnn... baru sebut dan telan air liur.
juadah wajib di aidilfitri... watak-watak lain seperti ketupat, mi kari, nasi dagang, tak mampu di tolak kalau dah dijamu di depan mata...

Tak salah menikmati juadah-juadah lazat ni... tapi yang menjadi kesalahan bila kita tak mampu mengawalnya. Kita sedia maklum dengan kandungan lemak dan kalori pada sesetengan makanan tapi buat-buat tak tahu dengan alasan... "alah... setahun sekali" atau "tak pe, bukan selalu" plsss no, no, no... kalau sayangkan kesihatan mu... elakkan alasan sebegitu...

Sebagai persediaan untuk perayaan yang bakal tiba, ingin dikongsikan di sini pengambilan makanan yang di anjur Rasulullah saw sebagai makanan tambahan untuk kekal sihat, kekal cantik dan kekal bertenaga, In shaa Allah.

Kita dah boleh mula dari sekarang... hanya amal makan minyak zaitun setiap malam dan minyak habbatus sauda setiap pagi. Lakukan amalan ini setiap hari. Bagi memastikan badan sentiasa sihat dalaman dan luaran. Tak susah pun... nak dengan tak nak je...

Kita sedia maklum minyak zaitun membantu mengawal kolestrol, sangat baik untuk jantung, awet muda dan sebagainya, manakala minyak habbatus sauda sememangnya jaminan Rasulullah saw iaitu penawar segala penyakit kecuali mati. Jadi tak rugi mengamalkannya secara istiqomah.

Langkah ini membantu mengelak kita dari menghadapi masalah berat badan, badan terasa lemah dan lesu, sering demam atau batuk dan sebagainya. Jadi jom kita sambut raya bukan hanya dengan keenakan juadah raya tapi sambut raya dengan kesihatan.

Macam mana nak sihat? Jom klik sini ------>>> www.facebook.com/soukalbaitee

Sumber gambar dari internet

Tuesday, 7 July 2015

[Persediaan Raya]

[Sihat dengan sunnah]

Dah dekat nak raya ni kan...
Jom sama-sama jaga kesihatan,
Sebab kita sedia maklum,
Lemang, rendang, lontong dan pelbagai juadah menanti.

Apalah salah kiranya kita mengambil langkah pencegahan awal
Mengelak gangguan masalah kesihatan.

Jom sihat dengan sunnah.
Habbatus sauda bantu beri tenaga dan menguatkan antibodi.
Minyak zaitun pula bantu mengawal kolestrol dan awet muda.
Baru kongsi sikit je tu...

Kerana terdapat 1001 kelebihan dan manfaat.

WhatsApp 016 371 2717

Monday, 22 June 2015

[Active Pack dan Haid Tidak Teratur]

Alhamdulillah... Barakallah...
Niat hanya ingin mengikut amalan sunnah Rasulullah SAW tidak menyangka setelah 4 tahun tidak datang haid. Hari ke empat selepas pengambilan Sauda Drop dan EVO Drop memberi khabar gembira buat gadis berusia 20 tahun ini.

Hari pertama pengambilan adalah pada pagi 18hb Jun 2015. Awal percubaan agak mencabar buat adik ini kerana pertama kali merasa minyak habbatussauda ini agak sukar untuk diterima di tekaknya. Tetapi Alhamdulillah berkat tawakal dan istiqomah, serta yakin dengan makanan sunnah adik ini berkongsi cerita gembira pada 22hb Jun 2015 bahawa haidnya sudah datang
kembali. 
4 tahun bukanlah jangka masa yang singkat... pelbagai ikhtiar dilakukan tetapi tidak berhasil. Dengan izin Allah hatinya di gerakkan untuk mengambil set Active Pack sebagai makanan sunnah untuk amalan harian. Alhamdulillah... sesuatu yang amat menggembirakan untuk beliau...
Active Pack - Nadya Series
◆ Sauda Drop
◆ EVO Drop
◆ EVO Lotion with Sweet Rosemary

Sunday, 21 June 2015

[KEISTIMEWAAN WANITA]

Seorang anak yang sudah remaja bertanya pada ayahnya..

Anak : “Ayah, mengapa seorang wanita itu sangat mudah menangis?”

Ayah : “Seorang wanita itu mudah menangis karena Allah menciptakan bahu yang cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberi kenyamanan!”

Anak : “Menopang dunia?”

Ayah : “Iya, kerana wanita memiliki peranan sangat penting di dunia ini!”

Anak : “Boleh ayah jelaskan apa yang istimewa dari seorang wanita?”

Ayah : “Allah memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak, dan menerima penolakan yang sering datang dari anak-anaknya. Allah memberi kekerasan untuk membuatnya tegar saat orang lain menyerah, namun dia mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh..”

Anak : “Seistimewa itu yah.?”

Ayah : “Bukan hanya itu, Allah juga memberikan kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan. Bahkan ketika anak-anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya..”

Anak : “Ternyata wanita itu sungguh luar biasa ya, ayah?!”

Ayah : “Masih ada lagi keistimewaan yang dimilik seorang wanita..”

Anak : “Apa itu yah?”

Ayah : “Allah memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Allah memberi kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa suami yang baik tak akan pernah menyakiti istrinya. Tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu..”

Anak : “Lalu bagaimana dengan lelaki?”

Ayah : “Lelaki harus membuat wanita merasa nyaman dan terlindungi saat berada disampingnya. Jangan pernah membuat hati wanita terluka,, jika lelaki berniat mempermainkan wanita,, ingatlah pengorbanan wanita yang telah melahirkannya..”

Thursday, 11 June 2015

[Kebaikan Sauda Drop]

[Wanita dan Habbatus sauda]

Ingin kami kongsikan kebaikan Sauda Drop (Minyak Habbatus sauda) ini
buat wanita dan gadis di luar sana. Kehebatan Sauda Drop ini amat luar biasa, oleh sebab itu Nabi Kita Rasulullah saw memberi jaminan seperti dalam beberapa hadith.

Dalam Ash-Shohihain diriwayatkan hadith dari Ummu Salamah dari Abu Hurairah R.A, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah kalian memakan Habbatus Sauda’ , kerana didalamnya terdapat kesembuhan dari setiap penyakit, kecuali saam. Sedangkan saam artinya kematian.”

Imam Bukhori juga meriwayatkan hadith dari Aisyah R.A bahwasanya ia mendengar Nabi SAW bersabda;

”Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini merupakan penawar bagi setiap penyakit, kecuali saam. Aku bertanya, “Apakah saam itu?”. Beliau menjawab, “Kematian.”

Dalam riwayat Muslim:

“Tidak ada suatu penyakit, kecuali penyembuhannya ada didalam Habbatus Sauda.”

Nabi SAW mengabarkan bahwa Habbatus Sauda berkhasiat menyembuhkan setiap penyakit.

Adakah masih kita meraguinya?

Antara kebaikan Minyak Habbatus sauda (Sauda Drop) ialah

◆ menguatkan rahim
◆ mengubati masalah senggugut
◆ masalah perjalanan haid tidak teratur
◆ memberi tenaga
◆ menambah susu badan
◆ menguatkan antibodi
◆ dijadikan serum wajah untuk kecantikan
◆ dan bermacam masalah lagi.

Cara pengambilan Sauda Drop ini adalah, pam 2x di bawah lidah setiap pagi setiap kali bangun dari tidur. Amalkan setiap pagi, kita akan dapat rasai perbezaan pada kesihatan, dan tenaga kita.

In shaa Allah...

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi kami
016 371 2717

[Tawaran Istimewa]

[Tawaran Istimewa]

Pelanggan yang di hormati... malam ini kami tawarkan kepada anda
Set Active Pack Nadya Series..

◆ EVO Drop
◆ EVO Lotion
◆ Sauda Drop

Pek nilai hebat berharga RM55 sahaja.
Postage hanya RM5

Hanya dari Souk Al-Baitee
WhatsApp 016 371 2717

*Tawaran sah sehinggah Jumaat 12 Jun 2015 (12t/hari)

Friday, 15 May 2015

[Seminar Pemantapan Ibadah]

[Seminar Pemantapan Ibadah]

Agar Solatmu Diterima

Temui kami Ahad ini pada 17 May 2015
8 pagi - 4 ptg
Masjid Bandar Baru Senawang, Negeri Sembilan

Masuk adalah PERCUMA
Semua dijemput hadir

Pengisian
8.00   pagi  Pendaftaran
8.30   pagi  Tadabbur Rukun Qauli ( Ustaz Muhsin Ahmad )
10.00 pagi  Agar SolatMu Diterima ( SS Dato Dr Zulkifli Albakri )
11.30 pagi  Amali Rukun Fi'li ( Ustaz Danial Farhan )
1.00 petang Makan Tengahari/Solat
2.00 petang Forum : Rukhsah Solat dan Permasalahan Solat
Panel :
1.Dr Yusri Mazlan
2.Dr Syuhadak Mahmud
4.00 petang  Penutup

Mohon sebarkan dan jemput hadir semua!

Thursday, 14 May 2015

[Ikhtiar yang Pertama apabila sakit]

[Ikhtiar yang Pertama apabila sakit]

Ada seorang doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di Madinah/Mekah.
Selama 6 bulan dia buka tiada seorang pesakit pun yang datang untuk dapatkan rawatan dengannya.
Jadi dia pelik. Org org di sini tidak pernah sakitkah?

Akhirnya dia jumpa jawapannya.

Bila mana saja kami sakit.
Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari Allah.
Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang Allah.

Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.
Iaitu baca Al Fatihah 7 kali tiup pada air dan minum.
Dan alhamdulillah kami akan sihat.

Tapi kalau kami tidak sihat juga.
Kami akan pergi pada cara yg ketiga
Iaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya di jadikan asbab penyembuh sakit tu.
Dan insyaallah akan sembuh.

Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yg keempat
Yaitu solat taubat dan istighfar.
Sebab Nabi saw beritahu sakit ni salah satu asbab pengampunan dosa.
Jadi kena banyak istighfar dan taubat.

Kalau tak sembuh jugak baru pergi pada cara yg ke lima.
Iaitu madu dan habbatussauda.

Dan yg keenam yaitu tumbuhan dari bumi yaitu seperti bawang putih, zaitun, halia dan lain-lain.

Dan alhamdulillah la haula wa la quwwata illa billah.
Disini kami pasti dan pasti akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh yaitu tabib/doktor/ubat.

Wallahu a'lam

Saturday, 9 May 2015

2.[Resipi berasaskan Minyak Zaitun]

Salad Dressing

Bahan-bahan

Untuk dressing
3 sudu besar Extra Virgin Olive Oil
5 sudu besar cuka epal
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Bahan salad
Mix salad
tomato ceri
Timun jepun

Cara membuat :

Satukan semua bahan dressing dan kacau hingga larut. Gaulkan bersama bahan salad. Siap sedia untuk dihidang.

Kajian saintifik

Secara saintifiknya minyak zaitun mengandungi bahan kimia yang mencegah terjadinya pembekuan darah  di dalam saluran darah atau arteri (trombosis koronari).

Bahan kimia ini meningkatkan lebih banyak nisbah kolestrol yang dikehendaki yang berkepadatan tinggi iaitu HDL. Ia juga mencegah jenis kolestrol berbahaya iaitu LDL, daripada membeku di dalam darah. Minyak zaitun juga mengandungi sejenis lemak yang mengandungi sejenis lemak yang dikenali sebagai asid lemak 'mono tak tepu' (monounsaturated fat acids) MUFA. MUFA ini dikategorikan sebagai lemak sihat.

Negara-negara di sekitar Laut Mediterrranean seperti Greece, Itali dan Sepanyol sudah lama menggunakan minyak zaitun dalam masakan dan kegunaan harian mereka. Di negara kita juga sudah ramai yang menggunakan minyak zaitun.

"Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan" (an-Nahl : 11)

Sumber Resipi Pemakanan Rasulullah saw

1.[Resipi berasaskan minyak zaitun]

Sos Minyak Zaitun Berherba

Bahan-bahan
1 sudu besar rosemary
1 sudu besar daun selasih
1 sudu besar daun pasli
Sedikit garam
1/4 cawan Extra Virgin Olive Oil

Cara membuat :
Satukan herba 0, garam dan EVOo  kemudian kacau.
Boleh dimakan dengan roti bakal, gaul bersama pasta atau salad.

Sumber Resipi Pemakanan Rasulullah SAW

#resipi #kongsi #extravirginoliveoil

Sunday, 5 April 2015

Manfaat Minyak Zaitun

[Minyak Zaitun]

Seringkali ketika mempamer Olive Lotion sama ada EVO Lotion Nadya Series yang ada wangian Sweet Rosemary atau Olive Lotion Laverose Syifaie dimana-mana... ramai yang akan datang dan bertanya cara guna pakai dan kebaikkan minyak zaitun amalan Rasulullah saw ini... Kami akan kongsikan di sini sebagai panduan...

[Cara Pakai]

"Nak sapu kat mana?"

1 - Olive Lotion ini boleh di sapu dimana-mana sahaja dari hujung rambut hingga hujung kaki

2 - Urutan pada rambut dan kulit kepala... membantu menyuburkan rambut, melebatkan rambut, menguatkan akar rambut dan membantu masalah keguguran rambut.

3 - Boleh di sapu pada kulit muka, menghilang kedutan pada wajah, mengilangkan parut, masalah jeragat, masalah tona tidak sekata serta membantu menjadikan kulit licin dan lembut disamping membantu melambatkan proses penuaan.

4 - Sapu/urut sekeliling mata, membantu mengelak masalah rabun.

5 - Sapu pada tangan dan badan membantu masalah kulit kering, regangan dan sebagainya. Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penyakit kulit, kulit sensitif, kegatalan dan alahan pada kulit.

6 - Untuk rawatan tumit merekah, gunakan setiap kali sebelum tidur dan berstokin.

7 - Kegunaan harian terutamanya di sapu keseluruhan badan selepas mandi.

Gunakanlah atau berminyaklah dengan minyak zaitun kerana terdapat pelbagai manfaat dan kelebihan apabila mengamalkannya.

Firman Allah SWT: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (An-Nahl:11)

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."

Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik bagi umat Islam. Teladan yang ditunjukkan oleh Baginda mencakupi semua aspek kehidupan, termasuklah dalam memelihara kesihatan serta merawat penyakit.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)
Wallahua’lam.

Friday, 6 March 2015

OLIVE LOTION LAVEROSE

OLIVE LOTION LAVEROSE

Olive Lotion Laverose jenama Syifaie adalah gabungan di antara minyak zaitun extra virgin dan juga ektrak wangian semulajadi. Minyak zaitun sememangnya kaya dengan vitamin E yang mampu memberikan kelembapan dan kesan yang baik kepada kulit dan rambut anda . Pati bunga asli dari Lavender & Rosemary versi wangian yang dirumus khas untuk memberikan anda kesegaran setelah anda menggunakannya. Pastikan Olive lotion sentiasa bersama anda.

Antara khasiat minyak zaitun untuk kegunaan luaran ialah:

Rambut
1. Melebatkan rambut
2. mencegah kelemumur
3. melambatkan uban
4. Melembutkan rambut

Kulit
1. Melembutkan dan melembabkan kulit
2. Mengurangkan risiko kanser kulit
3. Mengurankan rekahan pada kulit bagi wanita mengandung
4. sangat baik digunakan untuk urutan kerana ia mampu melembutkan otot

Cara menggunakannya
Picit ke tapak tangan dan sapukan pada kulit atau rambut. Gunakan seperti losyen biasa, pengamalan sesuai untuk semua tahap umur dan dimana-mana bahagian tubuh badan dan rambut.

Wednesday, 4 March 2015

Nadya Series - Extra Virgin Olive Oil

[Minyak Zaitun : Bukan Sekadar Minyak Biasa]

Khasiat minyak zaitun memang diketahui ramai. Sejak turun-temurun lagi pakar-pakar perubatan, pemakanan dan kosmetik mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan seharian.

Pengambilan rutin minyak zaitun dipercayai dapat mengelak penyakit kardiovaskular, kanser, masalah penghadaman dan penuaan.

Ia juga diperakui berkhasiat untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut pakar perubatan nuklear dan radiobiologi, Dr. Yahya R. Laleli, khasiat minyak zaitun telah diperakui dan disahkan menerusi pelbagai kajian di seluruh dunia.

Khasiat minyak zaitun

Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang.

Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik.

Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan di mana sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat bersinar, juga mengurangkan masalah rambut gugur.

Kandungan minyak zaitun

Pelbagai komponen bioaktif seperti asid lemak, vitamin, komponen mudah meruap, komponen larut air dan serpihan mikroskopik buah zaitun terkandung di dalam minyak zaitun.

Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik.

Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun.

Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.

Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6:Omega 3 dalam minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas dan oksigen reaktif di dalam badan kita.

Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.

Kualiti sesuatu minyak zaitun ditentukan oleh kandungan asid bebas dan peroksida di dalamnya.

Untuk mendapatkan produk ini
boleh PM atau Whatsapp 0163712717

[Asal Usul Solat Fardhu]


ASAL USUL SOLAT FARDHU

SUBUH.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala beliau keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara petama yang dilihatnya ialah kegelapan dan beliau berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh keluar Nabi Adam lalu beliau pun bersembahyang 2 rakaat.

Rakaat 1: Bersyukur beliau kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat 2: Bersyukur beliau kerana siang telah menjelma.

ZOHOR.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala ALLAH SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s. empat rakaat.

Rakaat 1: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat 2: Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat 3: Bersyukur dengan bermohon akan keredhaan ALLAH SWT.
Rakaat 4: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala beliau dikeluarkan dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai sedang waktu itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu bersembahyang empat rakaat kerana beliau telah diselamatkan ALLAH SWT dari 4 kegelapan iaitu:

Rakaat 1: Kegelapan dengan kesalahan.
Rakaat 2: Kegelapan dengan air laut.
Rakaat 3: Kegelapan dengan malam.
Rakaat 4: Kegelapan dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala dikeluarkan oleh ALLAH SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang pada waktu ketika itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s. lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan itu, iaitu:

Rakaat 1: Untuk menafikan ketuhanan selain dari ALLAH SWT Yang Maha Esa.
Rakaat 2: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Maryam yang dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat 3: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu Satu iaitu ALLAH SWT jua, tiada dua tiga.

ISYAK.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa a.s. tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. ALLAH SWT lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s. empat rakaat tanda bersyukur. Empat dukacitanya itu ialah:

Rakaat 1: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat 2: Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat 3: Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat 4: Dukacita terhadap anak Firaun.

Monday, 26 January 2015

[Testimoni pengguna Nadya Series]

[Kurap Susu]

Alhamdulillah setelah sekian lama baby comel ini mengalami masalah kurap susu yang merisaukan di pipinya, akhirnya kini kulit pipi montelnya sudah semakin pulih selepas 5 hari pengambilan produk @nadyaseries

Amalan pengambilan EVO drops dan EVO Lotion selepas mandi dan pada bila-bila masa membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit. Bayi ini diberikan makan EVO Drops serta disapukan EVO Lotion pada pipinya. Alhamdulillah berkat penjagaan luaran dan dalaman dengan amalan rasulullah saw ini, kesan positif berlaku tidak sampai 1 minggu.

Pastikan ada 1 di rumah anda juga.
Teruskan pengambilan secara istiqomah, in shaa Allah antibodi akan lebih kuat, bertenaga... awet muda bagi wanita dan mendapat keberkatan mengamalkan sunnah rasulullah saw....in shaa Allah...

Untuk tempahan atau keterangan lanjut boleh WhatsApp 0163712717

#testimoni #evolotion #minyakzaitun #oliveoil #nadyaseries #evodrops #sayajual #soukalbaitee #senawang #seremban

[Menghormati masa belajar anak-anak]

Umi nak kongsi sikit berkenaan umi berdisplin demi anak-anak. Umi dah mula tak menonton tv sewaktu anak-anak umi belajar. Terutamanya waktu persekolahan kiddos. Mungkin ibu-ibu lain dah lama displinkan bab ni tahniah, tapi umi baru diberi hidayah...huhu...

Ceritanya bermula semasa berjalannya Event Y.E.S Mood Republik di PWTC. Umi join vendor under booth TCD (The Cookies Department) promote Popia Cruncheese bulan Disember 2014. ALLAH memperkenalkan umi dengan seorang hamba Allah ni yang umi panggil dia Kak Aishah. Dia mempunyai seorang anak perempuan tunggal. Alhamdulillah dah besar panjang sekarang anak dara dah. Bukan nak cerita pasal anak dara dia tapi nak kongsi kisah pasal kak Aishah ni, dia sempat share dengan umi macam mana dia mendidik anak dia masa sekolah.

Kata Kak Aishah waktu anaknya study dia displinkan diri dia untuk tak menonton televisyen. Katanya dia menghormati waktu belajar anaknya... Pang! Rasa merah pipi umi ni macam kene tampar lepas dengar apa yang kak Aishah cerita. Apa tak panas rasa pipi ni, sebab selama ni anak-anak umi buat homework atau disuruh ulangkaji, umi tengok tv. ARRGGGHHHHH teruknya umi... sungguh umi penting diri.

Kata kak Aishah lagi... apa la perasaan anak kita kat bilik tengah dia menelaah kita dok gelak-gelak depan tv... macam tak support dia tengah fokus nak belajar... lagi sekali pipi umi panas. Fuhhh...

Lepas dengar sikit je apa yang kak Aishah kongsi, umi terus berazam akan berubah pada tahun 2015 untuk tidak menonton tv sepanjang persekolahan anak-anak. Baru-baru ni je, waktu kiddos dah tidur umi curi-curi tengok episod akhir cerita Zahira kat TV3 hihihi. SORRY! Tapi cerita tu je ok... itu pun kiddos dah tidur...ngeh3... lepas tu dah tak der ok....hehe

Alhamdulillah lepas umi yang berdisplin dan berubah... umi nampak perubahan anak-anak. Sebelum ni umi hanya buat undang-undang weekday tak boleh tengok tv... weekend je boleh. Tapi umi gagal sebab umi sendiri pun langgar undang-undang tak hormati waktu belajar anak-anak. Weekday kiddos tak boleh tengok tv, tapi umi tengok. Maafkan umi anak-anak ku.

Setelah nak masuk 3 minggu anak-anak sekolah ni, undang-undang dihormati, umi perasan anak-anak umi tak sibuk nak tengok tv dan lebih fokus untuk belajar. Muhammad la yang biasanya akan mintak bila dah Jumaat petang. Dia faham... hari sekolah dia tak dibenarkan tengok tv. Kesannya, keadaan dan masa mereka teratur... kiddos tak sibuk pasal tv dan leka nak menyelit tengok tv sekali dengan umi macam dulu sebab umi tengok tv waktu dorang tengah belajar. Sekarang, tahun ini semuanya dah berubah... Alhamdulillah...

Masya Allah pentingnya menghormati masa anak-anak belajar. Subhanallah maafkan umi selama ni, umi tak jaga dan tak sensitif pasal ni. Moga dengan perubahan yang umi buat ni akan mendatangkan lebih lagi kebaikan buat anak-anak umi. Umi nak tumpu dan beri perhatian sepenuhnya pada anak-anak umi. Memang diakui sekarang, umi tak tau apa-apa pasal rancangan tv dah. Babai tv.

Terima kasih banyak-banyak Kak Aishah untuk perkongsian yang maha berharga ini. Saya akan ingat sampai bila-bila... moga Allah limpah rahmat dan barakah buat Kak Aishah 1 keluarga... aamiin...

Syukur Alhamdulillah...

Monday, 12 January 2015

[Open order - Kun NiQab]

Kun NiQab
Pre-Order

WhatsApp 0163712717

#purdah #wanitaberpurdah #openorder #preorder #kunniqab #purdah3layer #sayajualpurdah #sayajualniqab #malaysia #singapore #Brunei #niqab #niqabstyle #niqabista #niqabmalaysia #niqabis #soukalbaitee

[Open Order - Purdah 3 Layer]

Niqab 3 Layer
Pre-Order

WhatsApp 0163712717

#purdah #wanitaberpurdah #openorder #preorder #kunniqab #purdah3layer #sayajualpurdah #sayajualniqab #malaysia #singapore #Brunei #niqab #niqabstyle #niqabista #niqabmalaysia #niqabis #soukalbaitee