Salad Dressing
Bahan-bahan
Untuk dressing
3 sudu besar Extra Virgin Olive Oil
5 sudu besar cuka epal
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Bahan salad
Mix salad
tomato ceri
Timun jepun
Cara membuat :
Satukan semua bahan dressing dan kacau hingga larut. Gaulkan bersama bahan salad. Siap sedia untuk dihidang.
Kajian saintifik
Secara saintifiknya minyak zaitun mengandungi bahan kimia yang mencegah terjadinya pembekuan darah di dalam saluran darah atau arteri (trombosis koronari).
Bahan kimia ini meningkatkan lebih banyak nisbah kolestrol yang dikehendaki yang berkepadatan tinggi iaitu HDL. Ia juga mencegah jenis kolestrol berbahaya iaitu LDL, daripada membeku di dalam darah. Minyak zaitun juga mengandungi sejenis lemak yang mengandungi sejenis lemak yang dikenali sebagai asid lemak 'mono tak tepu' (monounsaturated fat acids) MUFA. MUFA ini dikategorikan sebagai lemak sihat.
Negara-negara di sekitar Laut Mediterrranean seperti Greece, Itali dan Sepanyol sudah lama menggunakan minyak zaitun dalam masakan dan kegunaan harian mereka. Di negara kita juga sudah ramai yang menggunakan minyak zaitun.
"Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan" (an-Nahl : 11)
Sumber Resipi Pemakanan Rasulullah saw
No comments:
Post a Comment