[Minyak Zaitun]
Seringkali ketika mempamer Olive Lotion sama ada EVO Lotion Nadya Series yang ada wangian Sweet Rosemary atau Olive Lotion Laverose Syifaie dimana-mana... ramai yang akan datang dan bertanya cara guna pakai dan kebaikkan minyak zaitun amalan Rasulullah saw ini... Kami akan kongsikan di sini sebagai panduan...
[Cara Pakai]
"Nak sapu kat mana?"
1 - Olive Lotion ini boleh di sapu dimana-mana sahaja dari hujung rambut hingga hujung kaki
2 - Urutan pada rambut dan kulit kepala... membantu menyuburkan rambut, melebatkan rambut, menguatkan akar rambut dan membantu masalah keguguran rambut.
3 - Boleh di sapu pada kulit muka, menghilang kedutan pada wajah, mengilangkan parut, masalah jeragat, masalah tona tidak sekata serta membantu menjadikan kulit licin dan lembut disamping membantu melambatkan proses penuaan.
4 - Sapu/urut sekeliling mata, membantu mengelak masalah rabun.
5 - Sapu pada tangan dan badan membantu masalah kulit kering, regangan dan sebagainya. Membantu menyelesaikan pelbagai masalah penyakit kulit, kulit sensitif, kegatalan dan alahan pada kulit.
6 - Untuk rawatan tumit merekah, gunakan setiap kali sebelum tidur dan berstokin.
7 - Kegunaan harian terutamanya di sapu keseluruhan badan selepas mandi.
Gunakanlah atau berminyaklah dengan minyak zaitun kerana terdapat pelbagai manfaat dan kelebihan apabila mengamalkannya.
Firman Allah SWT: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (An-Nahl:11)
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."
Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik bagi umat Islam. Teladan yang ditunjukkan oleh Baginda mencakupi semua aspek kehidupan, termasuklah dalam memelihara kesihatan serta merawat penyakit.
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment