Wednesday, 29 July 2015

[Asli]

[Asli]

Pengalaman berniaga di Masjid Bandar Baru Senawang memberi kami peluang berkenalan dengan ramai jemaah, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah. Beruntung sekali rasanya kerana pada suatu hari datang seorang ustaz selaku penceramah di masjid BBS yang dikatakan beliau adalah pengkaji minyak zaitun. Katanya dengan merasa sedikit sahaja minyak zaitun, beliau boleh pastikan sama ada minyak zaitun tersebut asli atau tidak.

Tanpa membuang masa kami berikan EVO Drop Nadya series untuk Ustaz itu merasa dan menguji keasliannya. Syukur Alhamdulillah Ustaz katakan pada kami EVO Drop Nadya Series adalah pati minyak zaitun dara "extra" (extra virgin olive oil) yang asli.

Sempat beliau berkongsi dengan kami sewaktu beliau di negera arab sana, beliau akan singgah satu Spa di sana. Katanya di sana beliau berendam di dalam minyak zaitun sekurang-kurangnya selama 30 minit hingga 1 jam. Tujuannya adalah untuk menyingkirkan kuman dari belakang kulit. Tidak hairanlah kulit orang arab sangat cantik.

Jika anak terkena sakit kulit contohnya ekzema, gatal-gatal, alahan kulit... sapulah minyak zaitun. In shaa Allah kulit akan kembali sihat. Sebaiknya di sapu selepas mandi kerana waktu itu liang roma sedang terbuka jadi membantu minyak zaitun cepat meresap, selain menyingkirkan kuman ia membantu menahan dari kuman untuk masuk.

Selain itu, kata beliau minyak zaitun mampu meremajakan kulit. Jika digunakan selalu akan melembab, melembut dan menghaluskan kulit. Tambah lagi kata beliau, kita memang tidak mampu untuk berendam dalam minyak zaitun kerana negara kita tidak seperti di Arab sana yang mudah untuk medapatkan bekalan. Tapi cukup sekadar menyapu minyak zaitun ke seluruh badan seperti memakai losyen badan.

Rasulullah saw juga berminyak dengan minyak zaitun setiap hari, sehingga sahabat rasulullah saw menggelar beliau penjual minyak kerana sangat suka berminyak dengan minyak zaitun.

Tambah ustaz lagi, minyak zaitun juga amat baik untuk mata. Sapukan di bawah mata untuk mencegah rabun. In shaa Allah jika di amal setiap hari akan menajamkan penglihatan. Subhanallah.

Ustaz saran gunalah minyak zaitun satu keluarga baik ibu baik ayah serta anak-anak. Buat orang tua kita yang alami sakit otot dan sendi sapulah, ia melegakan sakit sendi dan otot. Jika ada parut, rekahan kulit, tumit merekah, kulit kering amallah sapu... in shaa Allah masalah tersebut beransur hilang...Hebatnya minyak zaitun...

Bagi rambut yang bermasalah seperti rambut gugur, beruban, kurang lebat, jadikan minyak zaitun sebagai minyak rambut, in shaa Allah mampu melebatkan rambut, menghitamkan rambut dan menguatkan akar rambut. Subhanallah...

Ini baru kongsi bab kegunaan luaran, belum habis lagi kongsi untuk dalaman iaitu khasiat apabila kita amal makan. Subhanallah.

Nanti kita kongsi lagi.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment