Monday, 6 February 2017

MINYAK ZAITUN DALAM RUTIN HARIAN

MINYAK ZAITUN DALAM RUTIN HARIAN

Khasiat minyak zaitun sememangnya telah diketahui ramai. Malah
pakar-pakar perubatan, pemakanan dan kosmetik turut mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan dan diet seharian.

Menurut kajian, pengambilan dua sudu atau 23 gram minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung kerana kandungan lemak tidak tepu mono yang terkandung di dalamnya.

KHASIAT MINYAK ZAITUN

Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik (HDL) untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran membantu merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktivit penyebab radang.

Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik.

Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan dimana sapuan pada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat, bersinar disamping mengurangkan masalah rambut gugur.

CARA PENGGUNAAN MINYAK ZAITUN

1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali sehari (pagi sebelum sarapan,  dan malam sebelum tidur).
2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga
jam dan kemudian barulah dicuci.
4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan
selama dua jam,kemudian barulah dicuci.
5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang).
Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.

===

Kini tiada alasan untuk tidak mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan harian anda. Set lengkap untuk seisi keluarga dari
✔ Evo500 - minyak zaitun 500ml
✔ Royale Evo - sofgel minyak zaitun
✔ Evo Lotion - losyen zaitun dengan sweet rosemary

Whatsapp 0163712717

No comments:

Post a Comment