Friday, 7 April 2017

Pack Of 5 - Makanan Sunnah

Sunnah Pack Of 5 ini adalah untuk pengambilan selama sebulan. Ada 2 botol softgel Royale Sauda, 2 botol softgel Royale EVO dan 1 botol EVO Lotion with sweet rosemary.

Dapatkan sekarang dan teruskan pengambilan makanan sunnah anda setiap hari.

Sihat dengan sunnah

WhatsApp 0163712717

#makanansunnah
#habbatussauda
#minyakzaitun

Monday, 13 February 2017

[ Kitab Tajweed : Anwar Attajweed ]

Assalamualaikum sahabat...

"Dan bacalah Al Quran dengan Tartil"

Kitab Tajweed : Anwar Attajweed

Sebuah kitab tajweed karangan Ummu Ahmad yang mempunyai pengalaman ilmu AL-QURAN dari Mesir,Syria dan Yaman serta merupakan Guru AL-QURAN muslimat di Tareem Yaman.

Setiap rumah wajib memiliki buku tajweed ini sebagai alat bantuan mengajar dan rujukan. Buku yang berwarna dan sangat attractive serta mudah difahami. Penting untuk tahu baca al quran dengan betul dan tepat. Risau lain maksud yang kita sebut. Boleh terkeluar akidah. Nauzubillah.

Tuan/Puan.. kitab ini tidak dijual di mana-mana kedai buku. Kitab ini merupakan saksi dan tanda cinta Ummu Ahmad kepada ilmu Al Quran.. Segala usaha keringat masa dikorbankan untuk menyusun kitab ini sehingga dinamakan Anwar Attajweed. Seluruh hidupnya diinfaqkan untuk mengajar ilmu Al Quran. Maka ambillah peluang ini untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 rumah 1 kitab tajweed ini. Harga RM28 sahaja. Jika ini lah modal untuk menjadikan kita seorang yang mahir baca Al Quran maka nikmat Tuhan yang mana engkau ingin dustakan?

Dapatkan kitab tajwid ini dan doakan kita dapat buat daurah kitab tajwid ini bersama Ustazah Ummu Ahmad di masa hadapan. In shaa Allah

Al Fatihah buat guru kami yang dikasihi Ustazah Ummu Ahmad.

Boleh dapatkan buku ini segera, Hubungi 0163712717

Sunday, 12 February 2017

[ Kelebihan Minyak Zaitun ]

[Wanita dan Minyak Zaitun]

Rasulullah saw pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud)

Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah).

Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Antara kegunaan minyak zaitun (sesetengahnya adalah anjuran Sheikh Nazim al Haqqani):

1) Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit : Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur.

2) Leukimia : Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

3) Barah : Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena barah contohnya; barah otak: kepala, barah payudara: payudara dsb...

4) Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum satu jam sebelum makan apa-apa.

5) Masalah penghadaman, usus, sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut): Sama seperti di atas.

6) Gangguan jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

7) Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

8) Anti semua kanser, sakit jantung dan 1001 penyakit : Digunakan sebagai minyak dalam masakan.

9) Mengawal kolestrol

10) Tenaga batin yang power dan membantu melicinkan proses persetubuhan... Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur di dalam masakan. Disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan...

11) Bibir kering dan kantung mata dapat diatasi dengan minyak zaitun dengan menyapu secara teratur setiap hari.

Untuk amalan pemakanan harian, bolehlah dipam di bawah lidah 2x setiap malam sebelum tidur.

Sebarang pertanyaan boleh terus WhatsApp 016 371 2717

Wednesday, 8 February 2017

[ Extra Virgin Olive Oil Losyen - EVO Losyen ]

[Kecantikan dan kesihatan kulit]

EVO Lotion adalah losyen minyak zaitun bersama haruman sweet rosemary.

Sangat harum, dan menyegarkan. Digunakan sebagai pelembab kulit.

Selain itu kebaikan EVO Lotion ialah :-

1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah: Disapu di wajah sebelum tidur : sebaiknya selepas mandi atau mencuci wajah.

2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur. Sapu pada jerawat dan parut.

3) Merawat masalah ekzema, kulit gatal dan sensitif.

4) Melebatkan rambut, merawat masalah keguguran rambut, melambatkan uban.

5) Merawat masalah tumit merekah : disapu pada tumit dan sarungkan stokin setiap malam sebelum tidur

6) Merawat dan mengatasi masalah regangan kulit.

7) Minyak zaitun dapat digunakan sebagai pembersih sel kulit mati terutama dibagian tersembunyi seperti telinga, selangkangan, dan lipatan leher. Minyak zaitun berperan seperti "baby oil" dalam membersihkan sel-sel kulit mati.

8) Merawat masalah kulit kering : bantu mencegah penyakit barah kulit : di sapu setiap hari setiap kali selepas mandi.

Minyak zaitun menyelesaikan 1001 masalah kulit termasuk penyakit kusta

In shaa Allah.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 016 371 2717

Monday, 6 February 2017

MINYAK ZAITUN DALAM RUTIN HARIAN

MINYAK ZAITUN DALAM RUTIN HARIAN

Khasiat minyak zaitun sememangnya telah diketahui ramai. Malah
pakar-pakar perubatan, pemakanan dan kosmetik turut mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan dan diet seharian.

Menurut kajian, pengambilan dua sudu atau 23 gram minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung kerana kandungan lemak tidak tepu mono yang terkandung di dalamnya.

KHASIAT MINYAK ZAITUN

Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik (HDL) untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran membantu merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktivit penyebab radang.

Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik.

Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan dimana sapuan pada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat, bersinar disamping mengurangkan masalah rambut gugur.

CARA PENGGUNAAN MINYAK ZAITUN

1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali sehari (pagi sebelum sarapan,  dan malam sebelum tidur).
2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga
jam dan kemudian barulah dicuci.
4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan
selama dua jam,kemudian barulah dicuci.
5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang).
Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.

===

Kini tiada alasan untuk tidak mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan harian anda. Set lengkap untuk seisi keluarga dari
✔ Evo500 - minyak zaitun 500ml
✔ Royale Evo - sofgel minyak zaitun
✔ Evo Lotion - losyen zaitun dengan sweet rosemary

Whatsapp 0163712717

HABBATUS SAUDA DAN RAMBUT

HABBATUS SAUDA DAN RAMBUT

Mungkin salah satu manfaat minyak habbatus sauda yang paling unik adalah kebolehan yang luar biasa untuk membantu memulihkan masalah keguguran rambut.

Agak sukar untuk difahami mengapa ia berlaku, tetapi tidak
terlalu sukar untuk mengatakan bahawa ia mempunyai sesuatu yang dikaitkan dengan sifat antioksida yang kuat dan sifat-sifat anti-mikrob.

Bertindak dengan mengukuhkan folikel rambut, adalah penyebab bagaimana minyak habbatus sauda  boleh membantu mengukuhkan akar rambut dan tidak secara langsung mengurangkan keguguran rambut.

WhatsApp 0163712717