Friday, 15 May 2015

[Seminar Pemantapan Ibadah]

[Seminar Pemantapan Ibadah]

Agar Solatmu Diterima

Temui kami Ahad ini pada 17 May 2015
8 pagi - 4 ptg
Masjid Bandar Baru Senawang, Negeri Sembilan

Masuk adalah PERCUMA
Semua dijemput hadir

Pengisian
8.00   pagi  Pendaftaran
8.30   pagi  Tadabbur Rukun Qauli ( Ustaz Muhsin Ahmad )
10.00 pagi  Agar SolatMu Diterima ( SS Dato Dr Zulkifli Albakri )
11.30 pagi  Amali Rukun Fi'li ( Ustaz Danial Farhan )
1.00 petang Makan Tengahari/Solat
2.00 petang Forum : Rukhsah Solat dan Permasalahan Solat
Panel :
1.Dr Yusri Mazlan
2.Dr Syuhadak Mahmud
4.00 petang  Penutup

Mohon sebarkan dan jemput hadir semua!

Thursday, 14 May 2015

[Ikhtiar yang Pertama apabila sakit]

[Ikhtiar yang Pertama apabila sakit]

Ada seorang doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di Madinah/Mekah.
Selama 6 bulan dia buka tiada seorang pesakit pun yang datang untuk dapatkan rawatan dengannya.
Jadi dia pelik. Org org di sini tidak pernah sakitkah?

Akhirnya dia jumpa jawapannya.

Bila mana saja kami sakit.
Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari Allah.
Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang Allah.

Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.
Iaitu baca Al Fatihah 7 kali tiup pada air dan minum.
Dan alhamdulillah kami akan sihat.

Tapi kalau kami tidak sihat juga.
Kami akan pergi pada cara yg ketiga
Iaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya di jadikan asbab penyembuh sakit tu.
Dan insyaallah akan sembuh.

Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yg keempat
Yaitu solat taubat dan istighfar.
Sebab Nabi saw beritahu sakit ni salah satu asbab pengampunan dosa.
Jadi kena banyak istighfar dan taubat.

Kalau tak sembuh jugak baru pergi pada cara yg ke lima.
Iaitu madu dan habbatussauda.

Dan yg keenam yaitu tumbuhan dari bumi yaitu seperti bawang putih, zaitun, halia dan lain-lain.

Dan alhamdulillah la haula wa la quwwata illa billah.
Disini kami pasti dan pasti akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh yaitu tabib/doktor/ubat.

Wallahu a'lam

Saturday, 9 May 2015

2.[Resipi berasaskan Minyak Zaitun]

Salad Dressing

Bahan-bahan

Untuk dressing
3 sudu besar Extra Virgin Olive Oil
5 sudu besar cuka epal
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Bahan salad
Mix salad
tomato ceri
Timun jepun

Cara membuat :

Satukan semua bahan dressing dan kacau hingga larut. Gaulkan bersama bahan salad. Siap sedia untuk dihidang.

Kajian saintifik

Secara saintifiknya minyak zaitun mengandungi bahan kimia yang mencegah terjadinya pembekuan darah  di dalam saluran darah atau arteri (trombosis koronari).

Bahan kimia ini meningkatkan lebih banyak nisbah kolestrol yang dikehendaki yang berkepadatan tinggi iaitu HDL. Ia juga mencegah jenis kolestrol berbahaya iaitu LDL, daripada membeku di dalam darah. Minyak zaitun juga mengandungi sejenis lemak yang mengandungi sejenis lemak yang dikenali sebagai asid lemak 'mono tak tepu' (monounsaturated fat acids) MUFA. MUFA ini dikategorikan sebagai lemak sihat.

Negara-negara di sekitar Laut Mediterrranean seperti Greece, Itali dan Sepanyol sudah lama menggunakan minyak zaitun dalam masakan dan kegunaan harian mereka. Di negara kita juga sudah ramai yang menggunakan minyak zaitun.

"Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan" (an-Nahl : 11)

Sumber Resipi Pemakanan Rasulullah saw

1.[Resipi berasaskan minyak zaitun]

Sos Minyak Zaitun Berherba

Bahan-bahan
1 sudu besar rosemary
1 sudu besar daun selasih
1 sudu besar daun pasli
Sedikit garam
1/4 cawan Extra Virgin Olive Oil

Cara membuat :
Satukan herba 0, garam dan EVOo  kemudian kacau.
Boleh dimakan dengan roti bakal, gaul bersama pasta atau salad.

Sumber Resipi Pemakanan Rasulullah SAW

#resipi #kongsi #extravirginoliveoil