Sunday, 7 February 2016

#Jurnal_Kesyukuran_Amalina_Nudin

#Jurnal_Kesyukuran_Amalina_Nudin

( sangat super panjang - tak paksa baca )

Dihujung minggu yang sangat hening dan macam kadang kadang nak hujan, kadang kadang tak jadi nak hujan ni,

Saya ingin kongsikan sesuatu. Saya nak share tentang kesyukuran berdasarkan pengalaman setahun setengah berada di Hospital. Sesungguhnya, selain saya belajar bahagian Medic, Alhamdulillah, Allah bagi saya satu mata yang cerah : iaitu mata hati, untuk melihat hikmah disitu.

Disaat berada di ward round, disaat di bilik bedah, disaat berada di bilik mayat, dibilik bersalin, saya cuba melihat hikmah dan ibrah disebalik apa yang berlaku, semata mata untuk latih diri melihat hikmah supaya dapat melembutkan hati saya. Dan selalu juga saya berniat untuk kongsikan kepada sebanyak mungkin pada orang diluar sana yang tidak berpeluang untuk berada di Hospital seperti saya.

Apa yang saya paling terkesan sejak berada diHospital?
Apa nilai nilai yang saya nampak, yang boleh kita ambil hikmah, yang boleh meningkatkan tahap kesyukuran kita?

Saya cuba ringkaskan dan padatkan supaya anda mendapat impak yang senaksima mungkin.
Saya susun ikut kronologi berdasarkan Posting yang pernah saya lalui.

Saya rasa, baru setahun setengah saya diHospital,
Namun, semacam sejuta setengah ibrah dan suka duka yang saya lihat, saya alami  di tempat bernama Hospital.

🌺Posting Medical

Diposting ini, baru saya rasa betapa nikmatnya dapat bernafas. Disaat melihat pakcik makcik datang dengan sengsaranya sesak nafas, masa tu baru saya rasa bersyukur dapat menyedut udara. Baru rasa conciously nak tarik nafas dalam dalam, nak lepas nafas puas puas. Breath in - breath out...pergh...nikmat kot...

Nikmat takde asma.
Nikmat tak perlu guna facemask atau nasal prong untuk menyedut oxygen.
Nikmat tak payah bayar apa apa kerana menggunakan udara free dari Allah.

Masa tu baru sedar alangkah ruginya sesiapa yang merokok, dia tak sedar yang dia sedang menempah katil di hospital sepuluh atau dua puluh tahun akan datang dengan kelakuannya itu. Dia tak sedar, bukan dia sorang yang berisiko mendapat penyakit, si isteri dan si anak juga sangat berisiko kerana menjadi passive smoker. Agak tak aci rasa disitu. Kalian yang enak enaknya merokok, si anak yang masuk hospital sebab lelah. Agak tidak adil. Ini tidak adil.

Anda tak tengok apa yang saya dah tengok. Anda tak tengok betapa sedihnya muka si anak selepas dapat tahu ayahnya dapat kanser paru paru.
Anda tak tengok, betapa penatnya si isteri tidur tak selesa, menjaga sisuami.
Anda tak tengok, betapa letihnya doktor nasihat pesakit supaya tidak merokok, tapi still bawa rokok ke Hospital, simpan dalam laci.

Disini, kami belajar yang lifestyle sangat penting untuk jaga kesihatan. Jauhi dari menjadi obesiti melalui selalu bersenam. Kurangkan gula untuk mengelakkan kencing manis. Kurangkan stress dan garam dalam makanan untuk mengurangkan risiko Penyakit Darah Tinggi. Jangan merokok dan jauhi si perokok kerana boleh menyebabkan masalah pernafasan dan sakit jantung.

🌺Posting Surgery

Dalam posting ini, banyak melihat pesakit yang ada kanser. Ada yang kanser usus. Ada yang breast cancer. Ada yang buang air besar atau kecil berdarah. Ada yang bangun pagi, tak boleh buang air besar atau air kecil. Ada yang tak boleh nak telan makanan kerana kanser esophagus.

Disini, baru kita rasa nak bersyukur akan perkara perkara simple yang kita boleh buat, tapi selalu kita abaikan. Kita tak rasa itu adalah nikmat melainkan apabila sedikit demi sedikit nikmat itu ditarik dalam diri.

Mereka, nak buang air kecil, kena guna saluran tiub.
Mereka, nak buang air besar, kena guna stoma dekat abdomen - plastic najis
Mereka, nam minum atau makan guna tiub.

Ada seorang abang yang saya jumpa kat klinik, sejak kecil kena makan guna tiub melalui but at lubang di perut kerana saluran esophagusnya bermasalah kerana dia tertelan susu getah ketika kecil. Sejak kecil, dia tiada nikmat untuk bercakap dan makan minum.

Saya ingin mengajak anda menyebut Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur kerana boleh buat benda benda basic, makan,minum,membuang hajat dan sebagainya.
Tanpa kena masuk Hospital. Tanpa kena guna tube. Itu adalah nikmat. Tahu?

🌺Posting Dermatology

Masa diposting ni, baru sedar dan terbuka mata. Baru rasa nak bersyukur sangat sangat mempunya satu organ yang sihat, iaitu kulit.

Kita selalu merungut kulit kita tak putih sangat,
Kita selalu komplain dan bermasam muka walaupun wujud satu jerawat kat muka.

Kerana apa?
Kerana kita kurang bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat kita.
Kita nak lebih lagi. Nak macam orang dapat. Nak cantik dimata orang. Seolah olah kalau boleh nak ubah apa yang Allah dah bagi.

Kerana kita tak tengok lagi ujian orang lain, kita pun menjadi kurang bersyukur. Mari nak cerita, kes apa yang biasa saya tengok di Klinik Kulit.

Ada yang datang kerana dijangkiti kulat. Nampak tompok tompok botak kat kepala. Nampak kulat bawah kuku. Kuku jadi hitam dan detached.

Ada yang datang kerana ada psoriasis. Habis bersisik badan dia. Bau pun agak berbau. Disetiap masa pun nak menggaru, kerana gatal yang teramat. Siap ada yang sediakan sikat untuk menggaru. Sengsara sungguh nampak.

Ada yang datang kerana eczema, selalu kena guna cream, selalu kena dapat supply ubat.
Ada yang datang kerana kena scabies. Kerana dijangkiti oleh rakan asrama. Gatal sungguh. Sengsara sungguh.

Apalah sangat masalah jerawat kita, berbanding ujian penyakit kulit yang mereka alami kan?
Apa sangatlah jika muka tu tak putih sangat.
Jom mulai bersyukur.

🌺Posting Forensic

Dalam posting ini, sangat terkesan akan sesuatu ibrah. Yakni kematian.

Kita tak tahu bagaimana kita akan mati kelak. Tapi yang pasti, kita tak mampu buat apa apa dah kalau kita mati. Kita akan serahkan " tubuh badan" kita untuk diuruskan oleh orang lain yang masih hidup.

Kita tak mampu dah nak gerakkan tangan.
Kita tak mampu dah nak gerakkan lidah.
Kita tak mampu walau nak kelip mata walau sekali.

Kalau mayat kita kena di Post Mortem, doktor boleh nak cari cause of death kita, melalui memotong organ organ kita,
Namun...pada ketika itu, datanglah pakar sepakar manapun, pasti tak mampu nak bagi kita satu nyawa,
Maka, selagi ada nyawa, buatlah perkara yang dapat memberi kita bahagia ketika kita " membuka mata" di dalam kubur kelak.

Semoga ketika itu, kita dapat menikmati Taman Syurga, dan bukannya Kawah Neraka.
InsyaAllah.

🌺Posting Orthopaedic

Dengan melalui posting ini, tahap kesyukuran bertambah lagi.
Disini, bukan sedikit hikmah dan ibrah yang saya dapat dan lalui.

Disinilah saya jumpa orang yang patah tulang ;

Ada budak yang jatuh tangga dan Monkey Bar kat Taman Permainan.
Ada yang jatuh pokok sehingga patah tulang belakang.
Ada yang kena potong kaki bawah lutut kerana komplikasi Kencing Manis.
Ada yang patah tulang dan kena masuk besi, kerana kemalangan.
Ada pakcik makcik yang patah kerana terjatuh.

Namun, saya tak boleh lupa dua kes yang sangat memberi kesan pada saya. Ada seorang kakak, ada seorang abang. Mereka sangat diuji, namun tak mengeluh dengan banyak sepeti orang lain. Lembut sahaja percakapan mereka. Nampak redha dengan ujian.

Kakak itu, diuji dengan mata tak nampak sangat kerana ada kencing manis,
Suatu hari, tangan dia tersepit pintu. Lama kelamaan, jadi hitam....dijangkiti kuman sehingga perlu dipotong 3 jarinya. Allahu, beratnya ujiannya. Kat hospital, licin dan jatuh dalam bilik air, sebab tak nampak sangat.

Abang itu, didiagnose kaki lemah kerana ada sakit dibahagian tulang belakang. Suatu hari ketika ingin mengambil air dipeti sejuk, kakinya lemah dan dia cuba bertahan dengan berpegang pada peti. Namun, oleh kerana dia bertubuh agak besar, peti itu turut terjatuh sehingga menghempap kakinya.

Disebabkan peristiwa itu, kakinya patah. Namun, dikaki yang patah itu pula, ada komplikasi yang mana menyebabkan kakinya terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawa. Ujian datang bertimpa timpa. Namun masih selalu berterima kasih pada doktor yang merawat. Masih tersenyum ceria.
Namun masih melayan Medical Student yang datang menemu ramah. Tak mengeluh langsung. Seolah sangat redha dengan ujian hidupnya.

🌺Posting Psyciatric

Melalui posting ini, saya belajar tentang manusia. Ia mengajar saya, bahawa satu perkara yang patut dan perlu saya syukuri adalah kerana mempunyai " mental yang sihat"

Bersyukur kerana kita tak diuji dengan apa yang pesakit psyciatric alami.
Bersyukur kerana dapat belajar yang tak semestinya orang yang jumpa Pakar Psikiatri adalah pesakit yang gila. Ada diantara mereka yang diuji dengan kemurungan, ada yang diuji kerana sakit lain yang membuatkan mereka mempunyai simptom itu.

Jom kita bersyukur kerana tidak diuji dengan halusinasi : mendengar suara dari luar yang sebenarnya tidak wujud. Tak diuji untuk melihat benda benda yang pesakit psikiatri " dapat lihat".

🌺Posting Paediatric

Masa posting paediatric, saya nampak sesuatu. Yang mana ibu bapa sangatlah menjaga akan anak masing masing. Ada yang diuji dengan dikurniakan anak yang berpenyakit.

Kecil kecil pun dah ada jantung berlubang.
Kecil kecil lagi diuji dengan Thallasemia.
Kecil kecil pun dah ada masalah buah pinggang.
Kecil kecil lagi diuji dengan sesak nafas : lelah atau jangkitan paru- paru.
Kecil kecil lagi diuji dengan tertelan sebotol syrup PCM

Tak bersyukur lagi ke kita?
Sebesar sebesar kita, tak diuji pun dengan penyakit sebegitu.

Setiap parents yang diuji dengan anak yang sakit, saya nampak Alalh bagi kerana dua sebab ;

1) Allah nak ampunkan dosa parentsnya
2) Allah nak bagi pahala sebanyaknya pada parentsnya

🌺Posting Obstetric
Saya ada cerita panjang disini👇🏻

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=797858323640861&set=a.503335949759768.1073741826.100002501025636&type=3

Banyak lagi pengalaman menarik yang tak sempat saya nak tulis disini.
Sesungguhnya ini adalah pengalaman yang saya akan ingat sampai bila bila.
Disaat saya rasa susah belajar, saya cuba memotivasikan diri, bahawa disebalik susah dan mencabar belajar Medic, bersyukurlah kerana diberi pengalaman yang sangat berharga.

Pesanan : Untuk pekerja hospital diluar sana, jom berniat ( seperti) dalam gambar setiap kali kita melangkah masuk hospital. Kita tak tahu niat kita yang mana yang Allah terima. Kita tak tahu, niat kita yang mana yang membuatkan Allah memudahkan urusan kita.

Yang Cuba Bersyukur

Amalina Nudin
Ampang
070216

Inspired by :

Doctors ( Maiza Masri Kharmila Abdullah Hilmi Lockman Ummi Affah Mahamad Rahman Omar Ashaari Bain Shaffid Shariff dan banyak lagi)

Tuesday, 12 January 2016

[ Rawatan Tumit Pecah ]

Sapukan EVO Lotion (Losyen Minyak Zaitun Dara Extra dengan haruman sweet rosemarry) pada seluruh kaki, tumit dan tapak kaki sebelum tidur.
Sarungkan stokin, dan biarkan sehingga pagi.

Lakukan secara berterusan setiap malam dan lihatlah hasilnya 😍

WhatsApp 0163712717

Sumber gambar dari #wanitaidaman

Sunday, 10 January 2016

[ Active Pack Nadya Series ]

Kombinasi produk asas dalam bentuk yang lebih ekonomik. Di pek bagi memudahkan susun-atur amalan pemakanan harian untuk kekal aktif dan sihat.

Cadangan Penggunaan:
- Sauda Drops - 2-3 kali pam/titis ke dalam mulut diwaktu pagi (sukatan dewasa)
- Evo Drops – 2-3 kali pam/titis ke dalam mulut di waktu malam (sukatan dewasa)
- EVO Lotion - untuk kegunaan LUARAN sahaja (kulit/rambut)

Cadangan & Kebaikan :
- Sesuai untuk dijadikan pek permulaan (starter pack)
- Harga yang lebih ekonomik
- Pek yang cantik amat sesuai dijadikan hadiah hari ulang tahun (harijadi, perkahwinan), hantaran pertunangan/ perkahwinan atau sebagai hadiah korporat (corporate gift)

Untuk keterangan lanjut WhatsApp 0163712717

[ EVO Drops Nadya Series ]

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.
.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, .
KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
* Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
* Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
* Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
* Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
* Antioksidan dan antikanser
* Membantu keseimbangan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
* Membekal vitamin E
* Kecantikan (kulit dan rambut)
* Kegunaan massage therapy
.
Cara pengambilan yang amat mudah. Hanya pam terus ke dalam mulut.
Info lanjut boleh
.
PM -----> www.facebook.com/soukalbaitee
.
Whatsapp -----> +60163712717
.
#soukalbaitee #mbbs #nadyaseries #makanansunnah #itssunnah #habbatussauda #minyakzaitun #saudadrop #evodrop #evolotionnadyaseries #activepack #royalesauda #royaleevo #extravirginoliveoil #syria #senawang #seremban #negerisembilan #oliveoil #olive #jintanhitam #sunnahrasulullahsaw #nigellasativa #nigellasativaoil #patiminyakzaitun #olivelotion #beauty #health #skin #body

[Sauda Drop Nadya Series]

Subhanallah! Hebatnya kurniaan Allah pada Habatussauda yang mengandungi lebih daripada 100 zat penting antaranya PROTEIN, KARBOHIDRAT, VITAMIN, lemak penting dan vitamin C.

TERBUKTI! habatussauda boleh membantu dalam menangani masalah seperti berikut:

1.Masalah asma dan paru-paru
2.Sengal-sengal badan
3.Batuk dan jangkitan tekak
4.Luka
5.Diebetes
6.Cirit birit
7.Sakit kepala dan migrain
8.Tekanan darah tinggi
9.Mencantikkan kulit wajah
10.Kelesuan

WhatsApp 0163712717

#soukalbaitee #mbbs #nadyaseries #makanansunnah #itssunnah #habbatussauda #minyakzaitun #saudadrop #evodrop #evolotionnadyaseries #activepack #royalesauda #royaleevo #extravirginoliveoil #syria #senawang #seremban #negerisembilan #oliveoil #olive #jintanhitam #sunnahrasulullahsaw #nigellasativa #nigellasativaoil #patiminyakzaitun #olivelotion #beauty #health #skin #body

[ Evo Lotion ]

(Extra Virgin Olive Oil Lotion with Sweet Rosemary)

Satu kajian baru menunjukkan bahawa bauan rosemary boleh meningkatkan prestasi otak dan membantu meningkatkan kesihatan seseorang. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Northumbria, Great Britain mendapati bau rosemary telah meningkatkan keupayaan individu untuk mengingati peristiwa-peristiwa dan juga tugas-tugas yang mereka perlu lengkapkan pada suatu masa tertentu. Di samping itu, essential oil mempunyai kesan terapi yang besar ke atas sistem yang berbeza di dalam tubuh manusia.

Selain daripada meningkatkan memori, rosemary juga mempunyai beberapa manfaat kesihatan lain. Contohnya, sesetengah orang menggunakannya dalam urutan dan mandian kerana ia mempunyai bahan antiseptik dan anti-oksida. Ia juga boleh membantu kulit kering dan matang dalam merangsang penghasilan lebih banyak minyak secara semulajadi. Ia juga membantu orang yang bermasalah dengan kelemumur dan kehilangan rambut.

Pada zaman Yunani purba, ia mempunyai reputasi yang hebat bagi meningkatkan daya ingatan pelajar dan mereka sering meletakkan tangkai rosemary di rambut ketika belajar dalam menghadapi peperiksaan.
.
EVO LOTION adalah gabungan minyak zaitun (extra virgin) dan rosemary untuk melembab, melembut dan melindungi kulit serta rambut. Wangian semulajadi (sweet rosemary) untuk kesegaran berpanjangan dan penghilang stress. Boleh juga digunakan sebagai 'massage oil'. Kebaikan EVO LOTION:
.
- melembab dan melembutkan kulit
- menghitam dan melebatkan rambut
- mengurangkan rekahan kulit bagi wanita mengandung
- merawat masalah kulit
- meremajakan kulit

Untuk sebarang pertanyaan boleh pm atau whatsapp

-----> www.facebook.com/messages/soukalbaitee

-----> +0163712717
.
#soukalbaitee #mbbs #nadyaseries #makanansunnah #itssunnah #habbatussauda #minyakzaitun #saudadrop #evodrop #evolotionnadyaseries #activepack #royalesauda #royaleevo #extravirginoliveoil #syria #senawang #seremban #negerisembilan #oliveoil #olive #jintanhitam #sunnahrasulullahsaw #nigellasativa #nigellasativaoil #patiminyakzaitun #olivelotion #beauty #health #skin #body

[ SUNNAH NABI ITU MEMANG TERBAIK ]

1. Buang air besar duduk, berisiko tinggi terkena buasir. Mencangkung lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

2. Kencing berdiri berisiko prostat dan batu ginjal. Kencing mencangkung lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

3. Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibanding dengan besi, kayu, atau plastik, makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

4. Makan dan minum berdiri dpt mengganggu perncernaan. Dengan duduk lebih santun dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

5. Makan di kursi, masih kurang menyehatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membagi perut menjadi 3 ruang: udara, makanan dan air, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

6. Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi lambung, karena ada reaksi asam. Yang sehat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih siap, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

7. Tidur meniarap tidak bagus untuk kesehatan, bahkan itu tidurnya syetan. Tidur menghadap kanan lebih menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

8. Banyak Rahsia Sunnah yg telah diteliti para pakar, dari segi hikmah, manfaat, dan kesihatan. Benarlah yg dikatakan: di balik sunnah ada kejayaan. Bagi kita, jika misalnya belum tahu manfaatnya, terus saja semangat mengikuti adab dan tuntunan Rasul. Manfaat itu efek samping, motivasi utamanya adalah mengikuti adab dan tuntunan Rasul.

9. Seorang doktor Eropah berkata: jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di Kamar Mandi, dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi dokter karena tidak ada pasien..
Subhanallah....

Cintailah sunnah Nabi, tidak hanya adab2 sehari tapi seluruh apa yang telah Rasullah tetapkan dalam Dien Islam...

Sumber G+