Friday, 6 March 2015

OLIVE LOTION LAVEROSE

OLIVE LOTION LAVEROSE

Olive Lotion Laverose jenama Syifaie adalah gabungan di antara minyak zaitun extra virgin dan juga ektrak wangian semulajadi. Minyak zaitun sememangnya kaya dengan vitamin E yang mampu memberikan kelembapan dan kesan yang baik kepada kulit dan rambut anda . Pati bunga asli dari Lavender & Rosemary versi wangian yang dirumus khas untuk memberikan anda kesegaran setelah anda menggunakannya. Pastikan Olive lotion sentiasa bersama anda.

Antara khasiat minyak zaitun untuk kegunaan luaran ialah:

Rambut
1. Melebatkan rambut
2. mencegah kelemumur
3. melambatkan uban
4. Melembutkan rambut

Kulit
1. Melembutkan dan melembabkan kulit
2. Mengurangkan risiko kanser kulit
3. Mengurankan rekahan pada kulit bagi wanita mengandung
4. sangat baik digunakan untuk urutan kerana ia mampu melembutkan otot

Cara menggunakannya
Picit ke tapak tangan dan sapukan pada kulit atau rambut. Gunakan seperti losyen biasa, pengamalan sesuai untuk semua tahap umur dan dimana-mana bahagian tubuh badan dan rambut.

Wednesday, 4 March 2015

Nadya Series - Extra Virgin Olive Oil

[Minyak Zaitun : Bukan Sekadar Minyak Biasa]

Khasiat minyak zaitun memang diketahui ramai. Sejak turun-temurun lagi pakar-pakar perubatan, pemakanan dan kosmetik mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam pemakanan seharian.

Pengambilan rutin minyak zaitun dipercayai dapat mengelak penyakit kardiovaskular, kanser, masalah penghadaman dan penuaan.

Ia juga diperakui berkhasiat untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut pakar perubatan nuklear dan radiobiologi, Dr. Yahya R. Laleli, khasiat minyak zaitun telah diperakui dan disahkan menerusi pelbagai kajian di seluruh dunia.

Khasiat minyak zaitun

Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik untuk badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.

Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung.

Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang.

Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik.

Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan di mana sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat bersinar, juga mengurangkan masalah rambut gugur.

Kandungan minyak zaitun

Pelbagai komponen bioaktif seperti asid lemak, vitamin, komponen mudah meruap, komponen larut air dan serpihan mikroskopik buah zaitun terkandung di dalam minyak zaitun.

Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik.

Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun.

Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.

Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6:Omega 3 dalam minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas dan oksigen reaktif di dalam badan kita.

Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.

Kualiti sesuatu minyak zaitun ditentukan oleh kandungan asid bebas dan peroksida di dalamnya.

Untuk mendapatkan produk ini
boleh PM atau Whatsapp 0163712717

[Asal Usul Solat Fardhu]


ASAL USUL SOLAT FARDHU

SUBUH.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala beliau keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara petama yang dilihatnya ialah kegelapan dan beliau berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh keluar Nabi Adam lalu beliau pun bersembahyang 2 rakaat.

Rakaat 1: Bersyukur beliau kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat 2: Bersyukur beliau kerana siang telah menjelma.

ZOHOR.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala ALLAH SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s. empat rakaat.

Rakaat 1: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat 2: Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat 3: Bersyukur dengan bermohon akan keredhaan ALLAH SWT.
Rakaat 4: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala beliau dikeluarkan dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai sedang waktu itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu bersembahyang empat rakaat kerana beliau telah diselamatkan ALLAH SWT dari 4 kegelapan iaitu:

Rakaat 1: Kegelapan dengan kesalahan.
Rakaat 2: Kegelapan dengan air laut.
Rakaat 3: Kegelapan dengan malam.
Rakaat 4: Kegelapan dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala dikeluarkan oleh ALLAH SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang pada waktu ketika itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s. lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan itu, iaitu:

Rakaat 1: Untuk menafikan ketuhanan selain dari ALLAH SWT Yang Maha Esa.
Rakaat 2: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Maryam yang dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat 3: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu Satu iaitu ALLAH SWT jua, tiada dua tiga.

ISYAK.
Orang yang pertama mengerjakan Solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa a.s. tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. ALLAH SWT lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s. empat rakaat tanda bersyukur. Empat dukacitanya itu ialah:

Rakaat 1: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat 2: Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat 3: Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat 4: Dukacita terhadap anak Firaun.