Monday, 26 January 2015

[Testimoni pengguna Nadya Series]

[Kurap Susu]

Alhamdulillah setelah sekian lama baby comel ini mengalami masalah kurap susu yang merisaukan di pipinya, akhirnya kini kulit pipi montelnya sudah semakin pulih selepas 5 hari pengambilan produk @nadyaseries

Amalan pengambilan EVO drops dan EVO Lotion selepas mandi dan pada bila-bila masa membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit. Bayi ini diberikan makan EVO Drops serta disapukan EVO Lotion pada pipinya. Alhamdulillah berkat penjagaan luaran dan dalaman dengan amalan rasulullah saw ini, kesan positif berlaku tidak sampai 1 minggu.

Pastikan ada 1 di rumah anda juga.
Teruskan pengambilan secara istiqomah, in shaa Allah antibodi akan lebih kuat, bertenaga... awet muda bagi wanita dan mendapat keberkatan mengamalkan sunnah rasulullah saw....in shaa Allah...

Untuk tempahan atau keterangan lanjut boleh WhatsApp 0163712717

#testimoni #evolotion #minyakzaitun #oliveoil #nadyaseries #evodrops #sayajual #soukalbaitee #senawang #seremban

[Menghormati masa belajar anak-anak]

Umi nak kongsi sikit berkenaan umi berdisplin demi anak-anak. Umi dah mula tak menonton tv sewaktu anak-anak umi belajar. Terutamanya waktu persekolahan kiddos. Mungkin ibu-ibu lain dah lama displinkan bab ni tahniah, tapi umi baru diberi hidayah...huhu...

Ceritanya bermula semasa berjalannya Event Y.E.S Mood Republik di PWTC. Umi join vendor under booth TCD (The Cookies Department) promote Popia Cruncheese bulan Disember 2014. ALLAH memperkenalkan umi dengan seorang hamba Allah ni yang umi panggil dia Kak Aishah. Dia mempunyai seorang anak perempuan tunggal. Alhamdulillah dah besar panjang sekarang anak dara dah. Bukan nak cerita pasal anak dara dia tapi nak kongsi kisah pasal kak Aishah ni, dia sempat share dengan umi macam mana dia mendidik anak dia masa sekolah.

Kata Kak Aishah waktu anaknya study dia displinkan diri dia untuk tak menonton televisyen. Katanya dia menghormati waktu belajar anaknya... Pang! Rasa merah pipi umi ni macam kene tampar lepas dengar apa yang kak Aishah cerita. Apa tak panas rasa pipi ni, sebab selama ni anak-anak umi buat homework atau disuruh ulangkaji, umi tengok tv. ARRGGGHHHHH teruknya umi... sungguh umi penting diri.

Kata kak Aishah lagi... apa la perasaan anak kita kat bilik tengah dia menelaah kita dok gelak-gelak depan tv... macam tak support dia tengah fokus nak belajar... lagi sekali pipi umi panas. Fuhhh...

Lepas dengar sikit je apa yang kak Aishah kongsi, umi terus berazam akan berubah pada tahun 2015 untuk tidak menonton tv sepanjang persekolahan anak-anak. Baru-baru ni je, waktu kiddos dah tidur umi curi-curi tengok episod akhir cerita Zahira kat TV3 hihihi. SORRY! Tapi cerita tu je ok... itu pun kiddos dah tidur...ngeh3... lepas tu dah tak der ok....hehe

Alhamdulillah lepas umi yang berdisplin dan berubah... umi nampak perubahan anak-anak. Sebelum ni umi hanya buat undang-undang weekday tak boleh tengok tv... weekend je boleh. Tapi umi gagal sebab umi sendiri pun langgar undang-undang tak hormati waktu belajar anak-anak. Weekday kiddos tak boleh tengok tv, tapi umi tengok. Maafkan umi anak-anak ku.

Setelah nak masuk 3 minggu anak-anak sekolah ni, undang-undang dihormati, umi perasan anak-anak umi tak sibuk nak tengok tv dan lebih fokus untuk belajar. Muhammad la yang biasanya akan mintak bila dah Jumaat petang. Dia faham... hari sekolah dia tak dibenarkan tengok tv. Kesannya, keadaan dan masa mereka teratur... kiddos tak sibuk pasal tv dan leka nak menyelit tengok tv sekali dengan umi macam dulu sebab umi tengok tv waktu dorang tengah belajar. Sekarang, tahun ini semuanya dah berubah... Alhamdulillah...

Masya Allah pentingnya menghormati masa anak-anak belajar. Subhanallah maafkan umi selama ni, umi tak jaga dan tak sensitif pasal ni. Moga dengan perubahan yang umi buat ni akan mendatangkan lebih lagi kebaikan buat anak-anak umi. Umi nak tumpu dan beri perhatian sepenuhnya pada anak-anak umi. Memang diakui sekarang, umi tak tau apa-apa pasal rancangan tv dah. Babai tv.

Terima kasih banyak-banyak Kak Aishah untuk perkongsian yang maha berharga ini. Saya akan ingat sampai bila-bila... moga Allah limpah rahmat dan barakah buat Kak Aishah 1 keluarga... aamiin...

Syukur Alhamdulillah...

Monday, 12 January 2015

[Open order - Kun NiQab]

Kun NiQab
Pre-Order

WhatsApp 0163712717

#purdah #wanitaberpurdah #openorder #preorder #kunniqab #purdah3layer #sayajualpurdah #sayajualniqab #malaysia #singapore #Brunei #niqab #niqabstyle #niqabista #niqabmalaysia #niqabis #soukalbaitee

[Open Order - Purdah 3 Layer]

Niqab 3 Layer
Pre-Order

WhatsApp 0163712717

#purdah #wanitaberpurdah #openorder #preorder #kunniqab #purdah3layer #sayajualpurdah #sayajualniqab #malaysia #singapore #Brunei #niqab #niqabstyle #niqabista #niqabmalaysia #niqabis #soukalbaitee