Assalamualaikum...
Semalam banyak posting ibu-ibu menyatakan kesyukuran mengenai anugerah yang diperolehi oleh anak-anak mereka di sekolah. Berbeza pula saya, sangat rasa-rasa bersyukur apabila semalam doktor memberi tau anak perempuan saya yang berumur 9 tahun tidak lagi perlu membuat rawatan susulan berjumpa Pakar ENT di hospital. ALHAMDULILLAH
Doktor sahkan kakak alami alahan kritikal sehingga menyebabkan gangguan pendegaran. Sebagai ibu amat luluh hati mendegar kenyataan itu. Dan kata doktor lagi tiada solution lain melainkan teruskan memakan ubat dan spray untuk hidung. Sampai bila? Sampai bila-bila... Allah hu...
Semalam kakak masuk ke bilik ujian pendengaran dan keputusannya pada tahap A dan pendengaran kakak sangat baik berbanding sebelum ini pada umur 8 tahun pada pemeriksaan pertama keputusan tahap pendengaran kakak teruk pada tahap C. Sehingga saya buat permintaan pada guru kelas supaya kakak di tempatkan di meja hadapan supaya dapat mendengar apa yang cikgu ajarkan.
Waktu tu, kakak hanya makan ubat hospital dan spray pada hidung setiap hari pada waktu pagi. Lama kelamaan saya terfikir sampai bila kakak perlu bergantung ubat sedangkan masalah alahan, gatal-gatal pada leher, celah lengan, peha berhingus dan bersin setiap pagi tak pernah selesai.
Sehingga la saya buat keputusan memberhentikan kakak dari memgambil ubat hospital sebaliknya saya minta kakak amalkan pengambilan habbatus sauda pada waktu pagi dan minyak zaitun pada waktu malam secara istiqomah.
Alhamdulillah... perkembangan kesihatan kakak nampak semakin baik. Walau mengambil masa tetapi sangat berbaloi. Lepas kakak ambil makanan sunnah ini saya tetap bawa kakak ke hospital untuk rawatan susulan. Doktor melihat perkembangan kakak. Lendir di hidung sudah mulai kurang, kulit kakak makin baik. Tapi waktu tu saya masih belum beritahu doktor, saya sudah berhentikan kakak dari mengambil ubat hospital.
Sehinggala pada hari semalam apabila doktor memberi tahu kakak tiada masalah sambil melihat rekod-rekod lama yang mana keadaan kakak bertambah baik. Apatah lagi setelah melihat keputusan tahap pendegaran kakak yang sangat baik. Doktor hanya beri nasihat untuk teruskan memakan ubat yang diberi. Lalu saya langsung berterus terang selama ini saya sudah lama memberhentikan kakak dari mengambil ubat hospital dan telah mengamalkan pemakanan sunnah.
Setelah itu, doktor memberitahu kakak tidak perlu lagi rawatan susulan dan katanya teruskan mengambilan apa yang saya rasa baik untuk anak saya. Kakak tak perlu lagi ke hospital. Alhamdulillah itu la saat yang saya nanti-nantikan.
Kini makanan sunnah menjadi amalan kakak sejak awal tahun 2013 malah amalan kami sekeluarga. Macam mana cara pengambilam kakak? Sebelum bertemu produk Nadya Series kakak ambil minyak zaitun dan habbatus sauda berbentuk softgel tetapi setelah Nadya series keluarkan produk dengan perkenalkan cara terbaru, Kakak akan ambil EVO Drops sebelum tidur dan Sauda Drops setiap pagi sebelum sarapan. Memang kakak belum mampu makan waktu lepas bangun tidur sebab terkebil-kebil nak pergi mandi...hihi
Cara Nadya Series lebih baik kerana cara pengambilannya terus drop ke bawah lidah, ini menjadikan serapan zat dari EVO Drops dan Sauda Drops lebih efektif. Tindakbalas lebih cepat berbanding softgel.
Jadikanlah amalan kita semua. Allah berjanji setiap penyakit Allah akan turunkan penawar. Dan penawar yang di turunkan banyak di beritahu di dalam Al-Quran. Perubahan kesihatan tidak akan dapat secepat seperti memakan pain killer tetapi in shaa Allah keadaan kesihatan akan semakin baik dan baik. Cuma harus bersabar.
Kini lebih mudah dengan EVO Drops dan Sauda Drops, hanya titis di bawah lidah pada waktu yang di tetapkan. Kita akan merasakan perubahan kesihatan pada tubuh badan kita, in shaa Allah.