Monday, 8 September 2014

“marriage is loving-together, not just living together - Teladanilah seorang suami bernama Muhammad s.a.w

Jika ingin membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita. Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Oleh itu, apabila dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai di seantero dunia.

Perkara yang pertama dan utama dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja… sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksu, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!

Setiap lelaki pasti ditanya tentang kepimpinanya. Dan kepimpinan yang pertama akan dipersoalkan di Hari Akhirat nanti, bukan kepimpinan masyarakat, organisasi, jabatan, kabinet atau negaranya… tetapi kepimpinan dalam keluarganya. Seorang wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersamanya, tetapi seorang lelaki sangat sukar masuk ke syurga tanpa isterinya. Seorang suami hanya layak ke syurga apabila semua yang berkaitan isteri dan anggota keluarganya sudah dipersoalkan.

Oleh kerana itu tertib dalam usaha membina kehidupan yang baik dimulakan dengan membaiki diri, kemudian membaiki rumah tangga dan seterusnya pancarkanlah sinar dalam rumah tangga itu ke tengah masyarakat. Bukankah sinar Islam itu pun bermula dari rumah Rasulullah saw? Nur wahyu dari gua Hira’ terpancar ke dalam diri Rasulullah, kemudian menyinari jiwa Khadijah dan kemudian dari situlah… bermulanya cahaya Islam ke dalam masyarakat Arab di Makkah, seterusnya merebak ke Madinah dan akhirnya tersebar ke seluruh semesta.

Justeru, sebelum kita mencari pengiktirafan sebagai pengurus, pengarah, CEO, menteri, perdana menteri, Presiden, raja dan sultan yang berjaya, carilah dahulu pengiktirafan dari dalam rumah tangga sendiri. Jadilah suami yang berjaya. Tegasnya, kita belum benar-benar diiktiraf sebagai seorang yang baik sekiranya belum menjadi suami yang baik. Sekiranya kita bertanya siapakah orang yang paling baik? Dengarlah jawapan dari Rasulullah saw ini: “Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu terhadap keluargaku.”

Mari sejenak kita layangkan fikiran dan terbangkan rasa menjelajah rumah tangga Rasulullah. Kita saksikan bagaimana manusia agung ini berjuang dalam gelanggang yang paling kecil tetapi sangat besar pengaruhnya kepada pembinaan ummah. Ya, bagaimana sikap, cakap dan diam baginda sebagai seorang suami. Semoga kita tidak hanya mengumpul riwayat dan hikayat, tetapi benar-benar menghayati makna sirah yang tersurat dan tersirat.

Adakalanya baginda pulang ke rumah lewat malam malah menjelang dinihari. Kerja dakwah dan memimpn masyarakat acapkali menyebabkan baginda berenggang dengan isteri. Sejarah menceritakan bagaimana baginda tidak akan mengetuk pintu rumah untuk mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur. Bahkan dibentangkannya sahaja kain ridaknya lalu dijadikan lapik untuk baginda tidur di muka pintu.

Apabila baginda bertanya kepada isterinya apakah pada hari itu ada makanan untuk dimasak dan apabila isterinya menjawab tidak ada… baginda akan tersenyum lalu memutuskan pada hari itu baginda akan berpuasa. Tenang dan indah sekali. Pada hari ada rezki untuk dimakan, baginda syukur. Apabila tidak ada, baginda sabar.

Sejarah menceritakan juga bagaimana baginda sendiri menjahit bajunya yang koyak dan menampal kasutnya yang bocor. Walaupun dia insan yang paling agung dan mulia, tetapi sentiasa sedia turun ke bawah membuat kerja-kerja yang dianggap remeh dan kecil oleh lelaki-lelaki lain yang kononnya lebih hebat dan unggul. Mereka terlupa bahawa pemimpin yang hebat ialah mereka yang rela membuat kerja-kerja kecil tetapi dengan jiwa yang besar. Dan Rasulullah telah membuktikan hakikat itu!

Bayangkan baginda yang sering menangis, bimbang dan takut akan nasib umatnya di akhirat tetapi masih punya masa untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Bukan sekali baginda berlumba lari dengan iserinya hinggakan Aisyah berkata, “adakalanya baginda menang, adakalanya aku menang.” Sikap baginda yang romantik itu merupakan sesuatu yang masih sangat baru di kalangan umat Arab, kerana baru beberapa tahun sebelumnya wanita dianggap warga kelas dua sehingga bayi perempuan pun biasa ditanam hidup-hidup.

Sikap ‘gentleman’ dan romantik baginda bukan sahaja pada Aisyah yang jelita tetapi juga pada Saudah, seorang janda yang telah dinikahi oleh baginda ketika telah berusia. Oleh kerana Saudah telah tua dan kurang berdaya dan badannya yang besar, baginda sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah apabila isterinya hendak menaiki unta. Sebagai perbandingan, ramai daripada para suami kini yang membuka pintu kereta untuk isterinya?

Sekiranya terbayang juga kebimbangan pada raut wajahnya ketika masuk ke rumah isterinya, baginda akan menjawab jika isterinya bertanya kenapa? Ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah dimetrai dan para saabat begitu sedih sehinggakan tidak sedar akan perintah Rasulullah supaya bercukur dan menyembelih binatang, Ummu Salamah mendengar kebimbangan baginda itu lalu mencadangkan agar Rasulullah saw dahulu yang bercukur dan menyembelih korban…

Mata baginda bersinar atas cadangan dan pandangan isterinya lantas keluar semula lalu bercukur dan menyembelih kambing tanpa berkata sepatah pun kepada sahabat-sahabatnya. Baginda ‘bercakap’ dengan sikap seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Dan melihat perbuatan baginda itu, para sahabat tersentak, tersedar lalu turut bercukur dan menyembelih binatang.

Bayangkan betapa besarnya jiwa baginda tetapi masih sudi mendengar cadangan daripada para isterinya. Jika benar dan betul, baginda akan menerimanya tanpa rasa malu dan ego. Tetapi jika batil dan salah, baginda tidak akan mengalah atau berundur walaupun selangkah.

Pernah baginda dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama keluarga. Baginda meminta Aisyah agar memberikan daging-daging kambing kepada orang yang lebih memerlukan. Aisyah dengan segera menunaikan perintah baginda… cuma ditinggalkan sedikit yakni bahagian kaki untuk Rasulullah saw. Ya, Rasulullullah gemar memakan kambing terutama bahagian kakinya dan itulah yang dititip oleh Aisyah untuk suaminya tersayang.

Apabila tiba waktu makan, Rasulullah bertanya apakah daging-daging kambing itu telah diberikan kepada fakir miskin? Lantas Aisyah menjawab sudah kecuali bahagian kaki yang dimasak untuk baginda. Baginda tersenyum gembira, namun masih sempat mengingatkan isterinya dengan kenyataan yang penuh tarbiah dan hikmah, bahawa semua bahagian kambing itu menjadi hak mereka di akhirat kecuali bahagian kaki itu!

Di rumah baginda sentiasa tersenyum, ceria dan menolong kerja-kerja rumah. Hanya apabila azan bergema baginda akan berhenti dan serta merta menuju masjid seolah-olah tidak mengenal isterinya lagi. Jangan terkejut jika diberitakan adakalanya baginda akan mandi bersama dengan isterinya dan menceduk air dari bekas yang sama. Bukan berlakon-lakon, jauh sekali mengada-mengada, tetapi itulah realiti peribadi Rasulullah, insan paling kasih, paling sayang, yang segala perbuatannya lahir dari hati nurani yang paling murni. Sifat romantiknya lahir dari hati.

Banyak kali baginda mengingatkan, agar suami berlaku baik kepada wanita dan digalakkan bergurau senda dan bermain-main dengan isteri. Baginda bersabda:” bermain-main itu boleh dalam tiga hal. Ketika melatih kudamu, memanah dan bercanda dengan isterimu.” Biasa baginda mencium isterinya, ketika hendak berpergian jauh ataupun dekat, lama atau sekejap. Ciuman yang bukan hanya apabila nafsu bergolak, tetapi ciuman cinta yang lahir dari hati yang penuh kasih, kasihan dan sayang.

Baginda adalah suami yang ‘sporting’. Suatu ketika pada suatu Hari Raya, Sayidina Abu Bakar masuk ke rumah Aisyah di mana pada ketika itu ada dua orang perempuan sedang menari dan memukul gendang, sedangkan nabi menutup dirinya dengan baju (tidak melihat), maka Abu Bakar yang melihat keadaaan itu membentak kedua wanita tersebut, lalu Rasulullah menampakkan wajahnya seraya berkata, “hai Abu Bakar, biarkanlah mereka, sekarang adalah Hari Raya.”

Baginda minum daripada gelas yang sama dengan isterinya. Bahkan baginda mencecahkan bibirnya pada tempat di mana betul-betul bibir isterinya minum. Bahkan pada saat-saat akhir pemergiannya pun baginda meminta Siti Aisyah melembutkan kayu sugi dengan menggigitnya dan kemudian baginda minta disugikan dengan kayu sugi tersebut. Hinggakan kerana itu Aisyah menyatakan air liurnya dan air liur baginda bertemu sehingga saat akhir menuju kewafatannya.

Apabila baginda berada di bulan Ramadan, sentiasa baginda akan bangun pada waktu dinihari untuk solat dan munajat. Demi kasih sayang terhadap isteri, baginda akan mengejutkan mereka untuk sama-sama memburu kecintaan Allah. Tidak digerakkan isterinya dengan gerakan yang kasar ataupun lengkingan suara yang tinggi, tetapi cuma disentuh dengan penuh kasih sayang dan dibelai dengan kata-kata bujukan.

Jika kita ingin menjadi suami… contohilah seorang suami yang bergelar Rasulullah – utusan Allah yang membuktikan kepada kita bahawa perkahwinan itu bukan hanya soal hidup bersama tetapi ‘cinta bersama’ buat selama-lamanya.

Masyhurlah kemudiannya kata-kata “marriage is loving-together, not just living together” namun Nabi Muhammadlah suami yang membuktikan hakikat itu dalam kehidupan berumahtangganya lebih 1400 tahun yang lalu. Teladanilah seorang suami bernama Muhammad s.a.w

Copy & Paste - http://myibrah.com

KEISTIMEWAAN SAUDA DROPS

KEISTIMEWAAN SAUDA DROPS
============================
1- 100% ASLI
2- Kaedah pemprosesan perahan sejuk (Cold pressed)
3- Mudah diguna dan dibawa ke mana-mana

Teknologi perahan dengan suhu yang rendah (cold pressed) tidak menjejaskan kandungan asal minyak, seratus peratus asli.
- perahan dilakukan pada suhu bilik
- tiada perahan kali kedua ke atas biji yang sama
- proses ini menjadikan minyak berwarna agak cerah
- perahan pertama mengandungi perahan yang berkualiti paling tinggi

CARA PENGGUNAAN
=================
2-3 kali pam pagi dan malam sebelum makan.
Boleh dicampur dlm makan dan minuman.

Mengapa minyak Habbatus Sauda di dalam botol dan bukan kapsul?

KELEBIHANNYA
=============
1. Kebebasan sukatan untuk di makan.
2. Boleh dimakan terus dari tanpa perlu risau akan jenis kapsul yang di gunakan (status halal dan sumber kapsul)
3. Mempunyai pilihan di titiskan di bawah lidah untuk serapan yang baik tanpa melalui asid perut
4. Boleh di titiskan pada makanan contohnya salad, di dalam minuman dan juga hidangan masakan lain.
5. Boleh di gunakan sebagai sapuan jika di perlukan.

[Children make noise to learn]

Mula-mula Aqeef mendaftar ke Dalgarno Pre School,saya pernah intai dia di kelas.Suasana dalam kelasnya bising.Saya tanya cikgu Aqeef tak mengapa ke kelas bising.Jawab cikgunya "What do you expect from a classroom full of 2.5-4 years old? They make noise to learn.Some of the kids have speech problem,speech delay,shy,stutter.This noise helps them interact with each other.As long as they know how,why and when to be quiet".Benar,bila diminta perlahankan suara,mereka patuh.Kanak-kanak,bila ramai,seorang bising yg lain akan bising.Bila seorang senyap,yg lain ikut senyap.

Dulu,saya pun allergic dgn budak-budak bising.Kemudian,saya cuba terapkan apa yang saya pelajari dari sekolah Aqeef iaitu "Children make noise to learn".Alhamdulillah banyak yg Aminah belajar daripada noisy play.Saya terapkan dua nilai ini,

1)Know your limit-Tahu di mana had untuk berbuat bising.Waktu malam jangan terlalu bising.Kalau ada tetamu jangan bising.Anak-anak saya bukan jenis clingy dgn tetamu.Kalau tetamu bawa anak sebaya mereka,mereka ajak main bersama.Kalau tidak mereka tidak kacau tetamu langsung.Mereka tidak berapa berminat dgn tetamu dewasa.

2) Respect others-jika ada tetamu membawa bayi,Aqeef akan mengajak Aminah bermain dgn suara rendah. Begitu juga bila waktu solat,waktu orang sedang tidur,waktu mommy atau daddy mentelaah,waktu daddy tanda kertas students dan lain-lain.

Ibu bapa jangan tinggi suara menyuruh anak-anak diam.Semakin tinggi suara kita,semakin tinggilah juga suara anak.Apa nak dikata,bagaimana acuan begitulah kuihnya.Kalau kita jerit "Diamlah" pada anak,di dalam hatinya anak akan menjerit "Yeay bising lagi,bising lagi. Ayah boleh jerit takkan saya tak boleh jerit".Gunalah cara yang hikmah dan sopan menyuruh anak perlahankan sedikit suara mereka. Anak berbuat bising kerana mereka ada peti suara yang berfungsi dgn baik.'Remote'nya ada pada kita iaitu hikmah kita dalam membantu mereka menentukan di mana dan bila boleh bising di mana dan bila kena perlahankan suara.Jangan asyik sangat menjerkah menyuruh anak diam. Anak yang ada peti suara yg fully functioning memang tak akan diam,melainkan dia mati atau tiba-tiba jadi bisu.Mahukah begitu?

(Saya belajar sesuatu hari ini)

Perkongsian dari Ukhti Norfaradina Ab Ghafar di Facebook

Sunday, 7 September 2014

Cruncheese!!!

Kepakaran kami adalah menyediakan popia rangup ditaburi JalapeƱo Cheese Powder.

Rangup dan sedap! Makanan kudapan buat seisi keluarga... sekali bukak habis sebalang!

Hadiah buat rakan dan bekalan dalam perjalanan.

Nikmat dalam setiap kunyahan...

WhatsApp/Telegrem - 0163712717

www.facebook.com/soukalbaitee

Orang yang teramat cinta Nabi saw kehidupannya sentiasa mencontohi Nabi saw

Saya bertanya kepada guru saya seorang alim mengenai 13 orang bercerai dalam seminggu ini. Mereka minta nasihat saya..saya minta nasihat alim ini kenapa jadi begini...saya sangat sedih....

Jawabnya ramai orang baik..tapi tidak pandai menzahirkan kebaikannya..ramai orang saling mencintai tapi tidak pandai menzahirkan cintanya...

Sehingga keduanya bersedih dan menangis dan meraung kerana terpisah. Saling mencintai teramat cinta bertukar menjadi benci dan begitu benci sehingga tidak nampak walaupun satu kebaikan lagi...Ini juga berpunca dari tidak mencintai Nabi saw dengan sebenarnya...Orang yang teramat cinta Nabi saw kehidupannya sentiasa mencontohi Nabi saw...

Nabi saw orang paling baik kepada keluarganya..Nabi saw buat segala kerja rumah saat beliau berada di rumah. Nabi orang paling rajin saat berada di rumah. Sehingga baju dan kasut yang koyak beliau jahit sendiri.

Nabi saw sentiasa makan berjemaah. Minum dari tempat isterinya minum. Makan sebekas dan sehingga licin. Sangat menghargai makanan. Gembiranya orang yang masak. Tidak pernah complain atau keji makanan. Pernah rambut jatuh dalam makanan tetap berbual kebaikan disebaliknya..Isteri jatuhkan makanan dengan sengaja di depan sahabah Nabi saw kutip makanan dan langsung tidak marah kerana Baginda saw besarkan Allah dan utamakan akhirat..

Nabi saw saat isterinya membuatnya marah tetap baginda saw boleh sebut kebaikan isterinya, diam, mendoakan, dan memanggil isterinya dengan panggilan yang mulia dan disukai isterinya...

Nabi saw boleh menerima kekurangan pada isterinya walaupun baginda saw manusia paling sempurna dan tiada manusia sepertinya..sentiasa memaafkan..

Nabi saw menggunakan kelebihan yang ada pada isterinya untuk kerja dakwah dan kerja agama. dalam mendakwahkan wanita-wanita...

Nabi saw tetap baring atas riba, tidur satu selimut ketika haid dan membersihkan darah haid isteri yang menitik.Ini benar-benar membuatkan isteri rasa benar-benar dihargai..

Nabi saw membiarkan isterinya yang tertidur dan baring atas bahunya. Meminta maaf kepada isterinya walaupun tak salah dan menerangkan sebab tindakannya walaupun sebenarnya tidak perlu kerana itu beliau seorang Rasul.

Nabi saw selalu memberikan hadiah dan penghargaan kepada kebaikan isterinya...pernah Nabi saw kata, Wahai Juwaiyah kamu duduk beribadah dari sebelum subuh dan tidak bangun sehingga waktu dhuha ini.....pujian yang sangat hebat..kemudian Nabi saw hadiahkan zikir padanya..

Nabi saw memuji Abu Bakr didepan Aisyah ra. Menghargai ayah mertuanya....

Nabi saw sangat baik dan merupakan sahabat pada mertuanya...disayangi dan dicintai bukan sahaja oleh isteri malah oleh mertuanya.

Nabi saw dukung isterinya dan kenakan pipinya saat dukung isterinya dengan kasih sayang..

Nabi saw selalu pegang tangan dan gosok-gosok tangan atau peha isterinya walaupun bukan saat bersama...itu membuat wanita rasa dihargai....

Nabi saw sentiasa mendoakan isterinya dan kadang-kadang didengari dan diketahui isterinya.

Nabi saw pernah mandi bersama-sama dan bergurau ketika mandi bersama.

Nabi saw Tahajud dan menangis di waktu malam. Isteri baginda saw selalu ikut solat dibelakang Nabi saw...saat pengabdian Nabi saw di waktu malam..

Nabi saw pernah kata ini salah saya kepada isterinya walaupun Baginda saw tidak salah...

Nabi saw pernah pesan jangan bersama isteri seperti binatang..Juga pernah pesan jangan menolak suami walaupun atas unta(kenderaan tertutup dalam perjalanan)Maksudnya Nabi saw ajar supaya bergurau senda, menggoda isteri, dan benar-benar bersama yakni saling menggembirakan saat membuat hubungan intim. Keduanya mencapai apa yang dinginkan...memahami kehendak pasangan masing-masing.

Nabi saw tidak pernah kata kenapa macam ni..ish..kenapa tak macam ni..tapi saat berlaku Nabi saw kata apa yang berlaku telah ditakdir oleh Allah. Nabi saw tunjuk satu-satu seperti menunjuk orang buta..pegang tangan pimpin sampai destinasi..bukan arah tapi sama-sama buat..

Baginda saw sangat menyayangi anak-anak. Selalu dukung cucunya..Bermain dan mendidik dengan perkataan yang baik..Jagalah Allah..Allah jaga kamu...

Baginda saw sentiasa senyum..Abdullah ibnu haris kata aku tidak pernah lihat seseoang yang lebih banyak senyum dari Nabi saw..

Nabi saw penuh dengan akhlak yang mulia..hormat orang tua..sayang kanak-kanak..suka melayan tetamu yang datang...suka memberi makan dan suka beri salam.

Nabi saw saat bersalam atau pegang tangan tidak akan tarik tangan sehingga orang tu lepaskan...tidak akan alihkan telinga sehingga orang tu habis bercakap yakni mendnegar dengan teramat baik. dan tidak biarkan orang tu berlalu tanpa membantu menyesaikannya...

Begitu juga isteri Nabi saw dan anak wanita Nabi saw mempunyai sifat seperti Nabi saw. Suami isteri saling berlumba menunaikan hak..dan memaafkan hak yang tak tertunai...berlumba buat baik sehingga sama-sama masuk syurga,,dan paling utama mendapat Redha Allah.

YA ALLAH berilah setiap lelaki dan wanita sifat Nabi saw ini-ebit lew

Quote

“The most dangerous poison is the feeling of achievement. The antidote is to every evening think what can be done better tomorrow.” —Ingvar Kamprad, IKEA founder

JANGAN MENYEPELEKAN AIR KENCING DAN MENGADU DOMBA

JANGAN MENYEPELEKAN AIR KENCING

Islam datang dengan membawa peraturan yang semuanya demi kemaslahatan umat manusia. Di antaranya soal menghilangkan najis, Islam mensyari’atkan agar umatnya melakukan istinja’ (cebok dengan air). Sebagian orang menganggap enteng masalah menghilangkan najis.

Akibatnya badan dan bajunya masih kotor. Dengan begitu, shalatnya menjadi tidak sah. Rasulullah mengabarkan bahwa perbuatan tersebut salah satu sebab dari azab kubur.

Dalam hadits yang diriwayatkan dari Abu Huraihah ra secara mauquf, Rasulullah bersabda:

“Kebanyakan siksa kubur itu disebabkan Air kencing.” (Shahih, HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Ibnu Abbas ra mengisahkan bahwa suatu hari Rasulullah saw melintasi dua makam, lalu beliau berkata:

“Sesungguhnya mereka berdua sedang disiksa, mereka keduanya sedang diazab, dan tidaklah keduanya diazab disebabkan suatu perkara yang besar (menurut kalian). Salah satu dari mereka disiksa karena TIDAK SAMPAI BERSIH SAAT BERSUCI setelah BUANG AIR KECIL, sedangkan yang lain suka mengadu domba antara manusia.”

Beliau lalu mengambil sebuah pelepah kurma yang masih basah, kemudian beliau belah menjadi dua bagian dan beliau tancapkan satu bagian pada masing-masing kuburan. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan hal ini?”

Beliau menjawab: “Mudah-mudahan diringankan azab tersebut dari keduanya selama pelepah kurma itu belum kering.” (Muttafaqun ‘alaih dari Ibnu Abbas)

Ternyata perkara kecil saja bisa menyebabkan kita mendapat siksa kubur … Banyak orang memandang remeh bersuci setelah buang air kecil (kurang bersih bahkan tidak bersuci sama sekali), padahal hal yang remeh itu bisa menjadi malapetaka ketika kita masuk pada Alam Barzakh.

Mulailah dari diri sendiri dan Mulailah dari Hal Yang kecil (Sepele)..

Semoga bermanfaat...

#copy_and_paste

Friday, 5 September 2014

CBS 5-Sept-14

Assalamualaikum...

Souk Al-Baitee beroperasi seperti biasa di car boot sales Pasar Komuniti & Karavan - PAKAR Paroi

Boleh dapatkan
■ Cruncheese
■ Jalapeno Cheese Powder
■ Laverose
■ EVO Lotion
■ EVO Drops
■ Sauda Drops
■ Madu Sdir
■ Pur-Q Active

Dan macam-macam lagi...

Jemput datang beramai-ramai!

WhatsApp 0163712717

Thursday, 4 September 2014

Habbatussauda : Darah Tinggi

Darah Tinggi

Kajian ke atas haiwan mendedahkan bahawa Habbatus Sauda’ mampu menjadi alternatif kepada ubat-ubat darah tinggi yang berada di pasaran sekarang. Kesan yang dilaporkan setelah mengambil Habbatus Sauda’ termasuk penurunan tekanan darah di dalam arteri selepas hanya 15 hari mengambilnya. Ciri-ciri anti-oksida Habbatus Sauda’ juga telah dikenalpasti dapat menghindarkan dari penyakit jantung.

Penyelidik-penyelidik menyatakan bahawa kemampuan diuretic Habbatus Sauda’ yang menyebabkan ia menjadi ubat darah tinggi yang baik adalah disebabkan oleh volatile oil di dalam Habbatus Sauda’. Satu kajian di Perancis menjumpai bahawa dichloromethane (sejenis volatile oil) yang dijumpai di dalam ekstrak Habbatus Sauda’ menunjukkan kesan diuretic yang tinggi. Bahagian methanol yang larut minyak menunjukkan kesan membantut ke atas tindakan arachidonic acid untuk meningkatkan penggumpalan platelet dan pembekuan darah, yang mengakibatkan kesan anti-platelet bertambah. Pada tahun 2001, Meiji Pharmaceutical University di Tokyo, Jepun telah menjalankan kajian hemotologik ke atas minyak Nigella Sativa. Mereka mendapati bahawa Nigella Sativa menunjukkan aktiviti anti-thrombosis yang lebih tinggi berbanding aspirin (ubat yang kerap digunakan untuk mengubati thrombosis).

Suatu kajian yang lain telah mendapati bahawa tikus-tikus yang telah diberi makan minyak Habbatus Sauda’ menunjukkan pengurangan paras kolesterol, triglyceride, gula, dan bilangan platelet sebanyak 15-35% berbanding control values. Keputusan ini mencadangkan bahawa kesan-kesan positif ini boleh digunakan dalam rawatan hyperglycemia dan hyperlipidemia, dan mungkin juga sebagai imbuhan dalam rawatan anemia (kekurangan sel darah merah). Beberapa ekstrak Habbataus Sauda’ mengurangkan plasma trygliceride secara signifikan dan pada masa yang sama menigkatkan paras HDL-kolesterol. Tambahan pula, satu kajian menyatakan bahawa volatile oil di dalam Habbatus Sauda’ mempunyai kesan yang sama efektif dengan simvastatin dalam mengurangkan paras kolesterol di dalam badan. Manakala satu kajian yang lain yang melibatkan sembilan orang pelajar menjumpai bahawa dua kapsul 500 mg minyak Habbatus Sauda’ sebanyak dua kali sehari selam dua minggu mampu mengurangkan paras gula dan juga paras kolesterol.

Bukti saintifik mencadangkan bahawa minyak Habbatus Sauda’ sangat efektif dalam mengurangkan paras homocysteine. Pembuktian melalui kajian yang dilakukan ke atas binatang menunjukkan bahawa homocysteine menyebabkan kesan oxidant secara langsung ke saluran darah, mengurangkan kesan vasodilation dan anti-coagulation nitrus oksida, dan meningkatkan oxidative stress. Minyak Habbatus Sauda’ memberi alternatif untuk mengurangkan homocysteine kepada mereka yang tidak memberi respon terhadap asid folik, vitamin B12 atau B6.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan Sauda Drops sekarang!

PM --->>> www.facebook.com/messages/soukalbaitee

WhatsApp --->>> 0163712717
-----------------------------------------------------------------------------------------

Habbatussauda : Diabetes

Diabetes

Baru-baru ini, penyelidik-penyelidik menemui bahawa Nigella sativa dan bahan aktifnya Thymoquinone, mempengaruhi paras gula dan insulin di dalam badan. Tambahan pula, mereka mencadangkan bahawa aktiviti antioksidan Habbatus Sauda’ mampu mengurangkan kecederaan terhadap sel-B di dalam pancreas. Kajian tersebut menemui kurang kecederaan terhadap tisu-tisu haiwan yang mempunyai diabetes setelah mengambil Habbatus Sauda’. Disebabkan itu, mereka telah merumuskan bahawa thymoquinone mendatangkan kesan hepatoprotective, iaitu kesan perlindungan terhadap hati disebabkan oleh kesan langsung atau tidak langsung aktiviti anti-oksida Habbatus Sauda’.

Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengkaji kesan-kesan Habbatus Sauda pada paras gula di dalam darah. Kajian-kajian ini telah dilakukan ke atas beberapa haiwan, termasuk arnab, kambing, dan tikus. Keputusan kajian-kajian ini sangat memberangsangkan kerana telah menunjukkan kesan yang penting terhadap paras gula iaitu dapat menurunkan paras gula di dalam darah setelah diberikan Habbatus Sauda’ untuk sekurang-kurangnya 48 jam. Kesan tersebut akan terus meningkat apabila Habbatus Sauda’ diberikan untuk tempoh yang panjang, iaitu sehingga beberapa minggu. Oleh sebab itu, pada masa kini Habbatus Sauda’ digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk diabetes.

Pada tahun 2002, kajian yang dilakukan di Gifu Universiti di Jepun telah membuktikan bahawa Habatus Sauda’ boleh digunakan sebagai rawatan Type 2 diabetes. Pada tahun 1991, Kuwait Universiti telah menjalankan kajian ke atas mekanisma aktiviti Nigella Sativa berkaitan dengan diabetes. Mereka menjumpai bahawa ekstrak Habbatus Sauda’ adalah ubat yang sesuai digunakan untuk merawat penyakit diabetes yang tidak memerlukan insulin. Pada tahun 2003, tiga fakulti di Van, Turki, dan pada 2004 di Faculty of Medicine, Universiti Zonguldak Karaelmas, Zonguldak mengesahkan bahawa Nibella Sativa dapat menurunkan paras gula di dalam darah kepada paras normal bagi arnab yang menghidapi diabetes.

--------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan Sauda Drops sekarang!

PM --->>> www.facebook.com/soukalbaitee

WhatsApp --->>> 0163712717
--------------------------------------------------------------------------------------

Habbatussauda : Anti-Tumor

Anti-Tumor

Pada tahun 1991, Amala Research Center di Amala Nagar, Kerala (India) menjalankan kajian yang telah menegaskan bahawa penggunaan minyak Nigella Sativa (Black Seed) mampu bertindak sebagai agen anti-tumor. Jenis kedua sel kanser, Dalton's Lymphoma ascites (DLA) sel, juga digunakan. Tikus yang menerima sel EAC dan Nigella Sativa (Black Seed) tetap muzik tanpa adanya tumor, menunjukkan bahawa secara aktif 100% mencegah perkembangan tumor EAC.

Pada tahun 1997, Cancer Research Laboratory of Hilton Head Island, South Carolina, USA, telah berjaya membuktikan bahawa Nigella Sativa dapat digunakan sebagai agen di dalam rawatan tumor dan tidak mendatangkan kesan-kesan sampingan sepertimana ubat-ubatan lain yang digunakan untuk chemotherapy. Mereka mendapati bahawa pengambilan Habbatus Sauda dapat meningkatkan kadar pertumbuhan sel sumsum tulang sebanyak 250%, manakala dapat mengurangkan kadar pertumbuhan tumor sebanyak 50%.

Etiologi dan komplikasi diabetes banyak disebabkan oleh kehadiran free radical species di dalam badan, yang mengakibatkan oxidative stress. Pesakit diabetes menunjukkan paras oxidative stress yang tinggi yang banyak disebabkan oleh persistent hyperglycemia atau paras gula yang tinggi dan berterusan. Ini akan mengurangkan aktiviti anti-oxidative dan seterusnya menggalakkan lebih banyak penghasilan free radical species.

Habbatussauda : Anti-Cancer

Anti-Cancer

Nigella Sativa (Black Seed) sekarang sedang dilihat oleh banyak ahli onkologi sebagai ubat herba yang serius untuk membantu dalam rawatan kanser. US Food and Drug Administration (FDA) telah memberikan 2 paten yang melibatkan minyak Nigella Sativa untuk mengubati kanser, mencegah kesan sampingan akibat chemotherapy, dan untuk meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan. Pada tahun 1991, Amala Cancer Research Centre, Kerala, India telah menjalankan kajian yang membuktikan minyak Nigella Sativa berguna dan effektif sebagai agen chemotherapeutic. Dalam kajian lain, didapati bahawa pengambilan minyak Nigella Sativa mengurangkan kesan sampingan beracun yang disebabkan oleh beberapa ubat kemoterapi yang lain seperti cisplatin dan doxorubicin.

Pada tahun 2003 di Jackson State University, USA, doktor-doktor telah mengkaji Nigella Sativa dan keberkesanannya sebagai agen anti-cancer. Mereka mendedahkan sel kanser payudara kepada ekstrak Nigella Sativa. Hasilnya, sel kanser payudara telah di nyahaktifkan dan doktor-doktor di disitu merumuskan bahawa Nigella Sativa sesuai digunakan dalam pencegahan dan rawatan kanser payu dara.

Pada tahun yang sama, doktor-doktor di Osaka City University Medical School di Jepun mengkaji penggunaan Nigella Sativa untuk rawatan kanser usus besar. Pengajian mereka menunjukkan bahawa minyak Nigella Sativa dapat menghambat pertumbuhan kanser pada tahap postinitiation. Pada tahun 2004 di Universiti Amerika di Beirut, Lubnan, thymoquinone yang dihasilkan dari Nigella Sativa telah diselidiki untuk mengkaji kemampuannya dalam melawan sel-sel kanser usus. Penelitian mereka membuktikan bahawa thymoquinone mempunyai potensi yang tinggi sebagai agen untuk rawatan kanser usus besar.

Baru-baru ini, penyelidikan yang dijalankan di Kimmel Cancer, Jefferson di Philadelphia, menemui bahawa thymoquinone mampu menghalang pertumbuhan sel kanser pankreas dan membunuh sel-sel dengan menggalakkan proses programmed cell death. Dengan menggunakan sel pankreas manusia, kajian menjumpai bahawa thymoquinone membunuh lebih kurang 80% sel kanser. Kajian juga menjumpai bahawa thymoquinone mampu menyebabkan perubahan epigenetic dalam sel kanser pankreas dengan memodifikasikan sel DNA.

Habbatussauda

LAIN-LAIN KAJIAN HABBATUSSAUDA (BLACK SEED)

I. Menurut Bukhari – Muslim, NABI S.A.W bersabda yang bermaksud “Habbatus Sawda” mempunyai ubat bagi segala jenis penyakit kecuali maut”

II. Kajian oleh tokoh perubatan terkemuka Ibnu Sina & Inbu Qayyum Al Jawziyyah dalam bukunya “U Medicine of The Prophet” terutamanya penyakit-penyakit yang melibatkan lelah (asthma), sistem pernafasan, sistem saraf, pembiakan, penghadaman dan merawat organ dalam badan serta mengatasi 50 jenis penyakit bertepatan dengan Hadith Rasullallah S.A.W

III. Orang Arab terkenal mempunyai pernafasan, tenaga sex yang baik dan mampu mengharungi perjalanan jauh (musafir) berpuluh batu hanya berjalan atau menunggang unta kerana mengamalkan Habbatus Sawda dan madu sebagai makanan harian.

IV. Doktor Abu Ali Al Hussain B Abdullah B Sina yang lebih terkenal dengan IBNU SINA di dalam kitab besarnya QANUNFIL TIBB sebagai berikut: Habbatus Sawda boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah. Dalam hal ini juga ia bertindak sebagai bom bagi menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang. Caranya ialah Habbatus Sawda di campurkan madu lebah dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

V. Kajian perubatan moden yang di lakukan oleh Dr Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang Imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda boleh di gunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

VI. Menurut kajian di Munich Institut bagi kajian Newer Therapeutic Methods mendapati habbatus suada mengandungi lebih dari 100 bahan aktif yang dianggap sebagai bahan yang mempromosikan kesihatan (health promoting subtances)

VII. Mengandungi 0.5 - 1 % ethereal oil yang bersifat antibaktiria anti oksidan.

IX. Sangat berguna untuk rawatan kulit, kulat intestine, bronchitis, kekerapan selsema, sakit kepala juga bersifat anti radang. Sangat berkesan merawat penyakit alahan dan asthma.

X. The Journal of American Scientist melaporkan Habbatus sauda bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.

Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatus sauda atau Habbah Sauda mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yang berkesan.

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatus sauda berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan Sauda Drops sekarang!

PM --->>> www.facebook.com/messages/soukalbaitee

WhatsApp --->>> 0163712717
-----------------------------------------------------------------------------------------

PENYAKIT-PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT OLEH HABBATUSAUDA

PENYAKIT-PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT OLEH HABBATUSAUDA

1) Darah tinggi

2) Kencing Manis

4) Resdung

5) Asma

6) Luka-luka dihari

7) Batu karang

8) Sakit buah pinggang

9) Gout

10) Lemak berlebihan

11) Luka-luka dalam mulut

12) Luka-luka dalam perut

13) Kurang Penghadaman

14) Menegang permukaan kulit

15) Mengecut semua ketumbuhan

16) Senggugut

17) Putaran haid tidak menentu

18) Buasir

19) Sakit usus perut

20) Luka usus kecil

21) Ketegangan urat saraf

22) Letih lesu

23) Masalah penglihata

24) Anticancer (pencegah kanser yang berkesan)

25) Antihistamine (pencegah alahan)

26) Antioxidant (pencegah kerosakan sel)

27) Antibiotic (pembunuh kuman)

28) Antimycotic (antikulat)

29) Bancho-dilating effect (pengembang saluran pernafasan)

30) Masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang

31) Melancarkan keluarnya kencing

32) Memperlancarkan darah haid

33) Melancarkan pengeluaran susu ibu.

34) Masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan

35) Mengeluarkan angin dari perut

36) Menambahkan ghairah seks

37) Masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks

38) Masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat

39) Masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis

40) Masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi / rendah

41) Masalah mental - meningkatkan kecergasan minda

42) Masalah tulang / sendi - gaout, arthritis dan reumatima

43) Kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban habbatus sauda dan menyarankan kita menggunakan habbatus sauda untuk merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan habbatus sauda.

Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa habbatus sauda adalah penawar segala penyakit.

--------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan Sauda Drops sekarang!

PM --->>> www.facebook.com/soukalbaitee

WhatsApp --->>> 0163712717
--------------------------------------------------------------------------------------

MINYAK ZAITUN & TUBUH MANUSIA

MINYAK ZAITUN & TUBUH MANUSIA

NUTRISI UTAMA

1. Vitamin E
5. Poliphenols
2. Quarcetin
6. Carotens
3. Linoelic Acid (Omega 3 & 6)
7. Chlorophilis
4. Antioxidants
8. Antocyanin

MEMBANTU ORGAN DAN SISTEM TUBUH

Sistem pembuluh Darah (Cardiovascular System)
Sistem endokrin tubuh (Endocrine System)
Sistem peredaran tubuh (Circulatory System)
Sistem penghadaman (Digestive System)
Organ/Sistem jantung bercelaru (Heart Disorder)
Sistem Pernafasan (Respiratory System)
Organ dan sistem mata
Sistem imunisasi
Menghalang pembetukan tumor
Mengurangkan kesakitan kanser
Menghalang pembentukan kanser
Menyerap kalsium
Mengelakkan keradangan (Inflammation)

--------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan EVO Drops sekarang!

PM --->>> www.facebook.com/soukalbaitee

WhatsApp --->>> 0163712717
--------------------------------------------------------------------------------------

Minyak Zaitun dan Hiperkolesterolemia

Minyak Zaitun dan Hiperkolesterolemia

Hiperkolesterolemia adalah keadaan di mana paras kolesterol tinggi di dalam darah. Paras kolesterol yang tinggi dikaitkan dengan serangan jantung mengejut dan juga terjadinya masalah darah tinggi dan menerukkan kencing manis. Namun bukanlah kolesterol sebagai penyebab masalah-masalah tersebut. Kolesterol merupakan suatu nutrisi penting daalm tubuh yang membentuk komponen dinding sel dan juga digunakan sebagai bahan asas untuk tubuh menjalankan sintesis hormone terutamanya hormone seks.

Fungsi kolesterol yang ramai tidak tahu adalah ianya juga merupakan antioksidan semulajadi dalam tubuh. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, ini menunjukkan terdapat banyak inflamasi dalam sistem tubuhnya dan tingginya kadar oksidasi sel akibat penghasilan radikal bebas, yang mana keadaan ini memaksa tubuh menghasilkan kolesterol yang banyak. Radikal bebas yang tinggi juga turut mengoksida kan molekul kolesterol ini dan menyebabkan peningkatan low density lipoprotein(LDL- kolesterol jahat yang telah teroksida) dan seterusnya menggalakkan pembentukan plak sumbatan pada dinding salur darah.

Pati minyak zaitun extra virgin mempunyai kadar polyphenol yang tinggi dan berkesan untuk menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas. Apabila kurangnya kadar inflamasi dalam salur darah, maka paras kolesterol akan kembali kepada paras normal. Menurut kajian pengambilan minyak zaitun ini yang terdiri daripada asid lemak monotaktepu menurunkan paras LDL dan meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) tanpa meningkatkan paras trigliserida. Jadi, sekiranya anda dibelenggu masalah tinggi kolesterol, adalah lebih baik anda mengamalkan minyak zaitun extra virgin dan lihat sendiri hasilnya. Namun, perlu diingat, pengambilan asid lemak trans haruslah dihentikan dari dalam pemakanan seharian untuk kesan yang berkekalan.

- Dr Hafizah binti Amanulla

--------------------------------------------------------------------------

Dapatkan Extra Virgin Olive Oil hari ini

www.facebook.com/messages/soukalbaitee

WhatsApp 0163712717

---------------------------------------------------------------------------

Minyak Zaitun dan Kanser Payudara

Minyak Zaitun dan Kanser Payudara

Kanser payudara adalah kanser yang amat ditakuti oleh kaum wanita. Amalan pemakanan yang baik dan seimbang juga aktiviti menyusukan bayi sehingga 2 tahun merupakan faktor yang dapat melindungi wanita dari kanser ini. Minyak zaitun extra virgin telah dikaji sebagai suatu bahan yang boleh melambatkan pertumbuhan sel kanser. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Jurnal BioMed Central yang diketuai oleh Javier A. Menendez, PhD, dari Catalan Institute of Oncology di Girona, Spain mendapati bahawa komponen secoiridoids dan lignans di dalamnya telah dikaji berupaya membunuh sel-sel kanser yang mempunyai reseptor Her-2, iaitu reseptor yang diekspresikan pada sesetengah sel kanser payudara. Apa yang paling penting adalah minyak zaitun tersebut haruslah dari perahan sejuk dan tidak ditapis agar kandungan komponen fitokimianya sentiasa wujud dan tidak dirosakkan oleh pemprosesan haba dan penapisan..

Walaupun kebanyakan doktor ortodoks Amerika meragui penemuan ini kerana bagi mereka untuk sel2 kanser yang tidak mempunyai reseptor Her-2, ianya tidak akan berkesan, namun bagi saya komponen-komponen lain yang hebat di dalam minyak zaitun seperti polyphenol nya yang bersaiz kecil tetap menguatkan sistem imun dan sistem imun yang kuat akan menggerakkan homeostasis tubuh untuk melawan sel asing(kanser). Lagipun sel kanser bertumbuh di dalam badan seseorang yang berimuniti rendah dan tidak mampu bertindakbalas dengan ancaman sekitaran. Sebuah kajian klinikal yang diketuai oleh seorang pakar onkologi, Dr Tejal Patel, sedang dijalankan di Houston Methodist Cancer Centre, Amerika Syarikat. Dalam kajian ini mereka mengkaji kesan pengambilan hydroxytyrosol terhadap tahap densiti payudara pada rajah mamografi. Selama ini diketahui bahawa tahap densiti payudara yang tinggi memberi risiko yang lebih untuk mendapat kanser payudara. Melalui kajian preliminari yang telah dilakukan, mereka mendapati pengambilan hydroxytyrosol mengurangkan tahap densiti payudara.

Sementara itu di Sepanyol, sebuah universiti di Bercelona sudah selesai menjalankan kajian yang menunjukkan penggunaan minyak zaitun dapat merencat aktiviti oncogene p21Ras yang memainkan peranan dalam kanser payudara, menggalakkan kemusnahan sel tumor dan melindungi DNA sel dari musnah. Penemuan-penemuan ini sudah cukup membuktikan yang pengambilan minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko pembentukan kanser payudara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat.

- Dr Hafizah binti Amanulla

--------------------------------------------------------------------------

Dapatkan produk Nadya Series hari ini

www.facebook.com/soukalbaitee

WhatsApp 0163712717

---------------------------------------------------------------------------

Minyak zaitun dan Diabetes

Minyak zaitun dan Diabetes

Penyakit diabetes atau disebut kencing manis adalah penyakit yang sangat tinggi jumlahnya di Malaysia terutama dalam masyarakat melayu. Disebabkan paras gula yang terlampau tinggi di dalam darah dan tidak dapat diangkut ke dalam sel disebabkan hilangnya sensitiviti reseptor insulin menyebabkan gula terpaksa ditapis keluar melalui buah pinggang lalu akan didapati kehadiran molekul gula dalam air kencing.

Antara puncanya adalah pengambilan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi yang menyebabkan paras gula naik mendadak apabila dimakan. Dek kerana telah selalu dirangsang oleh paras gula yang tinggi, reseptor insulin yang berada di sel bertambah. Lama kelamaan , reseptor menjadi resistan kepada insulin dan rembesan insulin akan terganggu dan akhirnya sel beta pankreas akan kurang keupayaan merembeskan insulin. Selain dari faktor makanan tinggi indeks glisemik, kerosakan keseimbangan mukosa usus juga menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah selepas makan.

Sepatutnya usus yang sihat mempunyai sistem imun mukosa yang boleh mengawal penyerapan makanan dan menyeimbangkan kandungan nutrien2 yang diserap. Pengambilan minyak zaitun dalam masalah kencing manis ini haruslah juga disertai dengan amalan pemakanan yang sihat dan cara hidup yang aktif. Minyak zaitun membaiki saluran dinding usus yang terdiri daripada vilus-vilus halus. Bila pencernaan sempurna, insya Allah tahap kenaikan gula boleh dikawal. Minyak zaitun juga mengurangkan kerentanan reseptor terhadap insulin ( insulin resistant) dan ini menyebabkan pengankutan gula ke dalam sel boleh berlaku dan mengurangkan paras gula dalam darah. Minyak barakah ini juga dapat mengurangkan kebuncitan yang disebabkan bertambahnya lemak visceral iaitu lemak yang melapisi usus-usus di abdomen.

Kebuncitan dikaitkan dengan risiko kawalan diabetes yang teruk dan risiko terjadinya komplikasi kardiovaskular akibat sindrom metabolik. Disebabkan itu, body mass index (BMI) bukan lagi menjadi ukuran penentu dalam mengenalpasti risiko tetapi doktor kini menggunakan nisbah ukuran pinggang dan paha(waist hip ratio) di mana nisbah melebihi 0.9 pada lelaki dan lebih dari 0.8 pada wanita menunjukkan risiko yang lebih tinggi.

Minyak zaitun yang kaya dengan asid lemak monotaktepu telah menyebabkan ianya boleh menyesarkan dan membersihkan tubuh kita dari lemak yang tidak elok seperti lemak trans. Lemak trans menyebabkan pembentukan atherosclerosis dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung. Serangan jantung pada pesakit diabetes biasanya berlaku secara senyap atau dipanggil silent myocardial infarction di mana pesakit tidak merasa sakit di dada tetapi hanya terdapat simptom berdebar-debar, loya atau kembung perut sahaja.

- Dr Hafizah binti Amanulla

------------------------------------------------------------------------

Dapatkan Evo Drops hari ini

www.facebook.com/soukalbaitee

WhatsApp 0163712717

------------------------------------------------------------------------

Minyak zaitun dan darah tinggi.

Minyak zaitun dan darah tinggi.

Darah tinggi adalah suatu diagnosis yang diberikan oleh doktor perubatan moden sekiranya tekanan darah mencapai atau melebihi bacaan 140/90mmHg dalam 2 bacaan berlainan yang diambil sekurang-kurangnya dalam sela masa 6 jam. Apa sebenarnya yang berlaku dalam tubuh adalah sistem pengawalaturan tekanan darah telah terganggu. Sistem jantung dan aliran darah sepatutnya bekerja dalam satu sistem yang terkawal dan mengekalkan tekanan darah pada paras normal tidak kira apa juga aktiviti yang dilakukan. Namun apa yang terjadi dalam penghidap darah tinggi, terdapatnya gangguan dalam aliran darah sama ada salur darah hilang kekenyalan, komponen darah menjadi pekat atau kemusnahan salur darah-salur darah mikro atau kecil yang membekali sel. Biasanya sel buah pinggang yang terlibat bila mana sel nefron(buah pinggang) menerima kurang bekalan darah, sel juxtaglumerular akan merembeskan sejenis bahan yang dipanggil renin agar tekanan darah dinaikkan seterusnya bekalan darah kepada sel nefron tadi dapat dipenuhi. Ini adalah respon tindakbalas biasa. Cuma , apabila keadaan tidak dibaiki dengan pemakanan yang memudaratkan, aliran darah akan semakin teruk dan seterusnya tekanan darah akan semakin tinggi dan boleh menyebabkan stroke.

Minyak zaitun mempunyai antioksida yang tinggi dalam bentuk polyphenol yang boleh meneutralkan radikal bebas yang banyak berlegar dalam aliran darah. Radikal bebas ini boleh memusnahkan sel salur darah seterusnya mengganggu penukaran bahan ke sel untuk proses penyembuhan. Apabila radikal bebas telah dihapuskan , maka aliran darah menjadi lancer dan pertukaran bahan nutrisi kepada sel juga akan menjadi normal dan kesembuhan sel berlaku. Lama- kelamaan tekanan darah akan menjadi normal kembali apabila sel nefron telah menerima bekalan darah yang cukup. Namun , bagi kes darah tinggi di usia muda, sebab-sebab lain haruslah dikaji contohnya wujudnya tumour di buah pinggang, masalah endokrin seperti hyperthyroid dan juga masalah salur darah tidak normal (stenosis atau atriovenous malformation). Bagi kes-kes sebegini , ada rawatan khusus yang diperlukan dan minyak zaitun juga boleh diambil sebagai makanan tambahan.

Dalam jurnal Archives of Internal Medicine tahun 2000, Dr Aldo Ferrara, Associate Professor of Internal Medicine di Frederico II University, Naples,Italy,mengatakan yang menjalankan kajian mendapati pengambilan 40gram sehari minyak zaitun asli (bersamaan 4 sudu besar) dapat mengurangkan 50% dos ubatan darah tinggi yang diambil oleh pesakit . Kajian ini dilakukan selama setahun dan dibandingkan dengan minyak bunga matahari. Dalam pesakit yang menggunakan minyak bunga matahari yang tiada kandungan polyphenols dos ubatan mereka tidak dapat diturunkan seperti dalam pesakit yang diberi minyak zaitun. Ada juga pesakit yang berjaya menghentikan terus ubatan darah tinggi mereka dengan mengamalkan minyak zaitun extra-virgin.Cara hidup yang aktif haruslah diamalkan dengan konsisten. Lakukan senaman ringan 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Elakkan selalu duduk lama di depan komputer dan gadget yang bukan sahaja tidak menggerakkan anggota tubuh malah memberi impak kesan buruk radiasi.

- Dr Hafizah binti Amanulla

------------------------------------------------------------------------

Dapatkan Evo Drops hari ini

www.facebook.com/soukalbaitee

WhatsApp 0163712717

------------------------------------------------------------------------

HALFEST The Mine 3hb - 7hb Sept 14

Assalamualaikum..

Jemput datang ramai-ramai ke booth Nadya Series di HalFest 2014 The Mines pada 3hb - 7hb Sept 2014 bermula 10 pagi hingga 7 malam.

Pelbagai pilihan untuk anda

Booth 438